Ok la tak nak cakap lebih2, kang cakap merepek lebih2 jadi benda lain pulak..Kena tangkap bawah Akta ISA lak..hahah..Ok, Ahkak nak kongsi tips yang boleh memberi manfaat pada korang semua supaya jangan tertipu dengan peniaga2 kat luar sana yang cuba nak amik kesempatan naikkan harga barang sewenang-wenangnye.... manfaat la sangatkan..hahaha =P
1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atatu tidak.
2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (Akta SSM) dan juga nombor pendaftaran GST. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.
3 Setelah berurusniaga, semak nama dan nombor pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.
4. Jika syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. Peniaga boleh dikenakan denda RM200,000 jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, JANGAN BELI.
Selain tu korang boleh rujuk pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan (KPDNKK) senarai barang yang dikecualikan daripada GST...
Jadilah pengguna yang bijak..Kalau rasa kena tipu harga mahal xmasuk akai cepat2 lapor pada KPDNKK..