Thursday, 11 February 2016

MAKANAN SUNNAH...

Kali ni ahkak nak cite tentang mengandung lak..Kandungan ahkak dah nak masuk 7 bln dah..Kejap je masa berlalu kan..So meh cite2 bab ngandung ni..

Di entry kali ini ahkak nak berkongsi maklumat berkenaan Makanan Sunnah yang boleh para wanita mengandung amalkan... Ada sesetengah makanan adalah makanan ruji harian kita dan ada juga yang tidak pernah kita ketahui khasiatnya.
Selepas ini, bolehlah kita mengoptimumkan kesihatan ahli keluarga setelah mengetahui khasiat makanan2 ini. Tetapi, sekiranya masalah/penyakit yang dihadapi masih tidak sembuh, jangan pula lambat mendapatkan rawatan doktor, ya...


 1. AIR ZAM-ZAM

Air zam-zam memang terkenal sebagai air yang paling diberkati dan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit denga izin Allah.
Dalam sebuah hadith shahih, Nabi SAW menyebut:
Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.”
Dianjurkan bagi setiap mukmin menikmati air tersebut jika memang mudah memperolehnya. Air tersebut juga boleh digunakan untuk berwudhu. Air tersebut boleh digunakan untuk beristinja’ (membersihkan kotoran setelah buang air). Air tersebut juga boleh digunakan untuk mandi junub jika memang ada keperluan untuk menggunakannya

 2. KURMA

Kurma banyak disebut di dalam al-Quran, antaranya dalam surah Mukminah ayat 19:
"Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan"
Kurma merupakan "tenaga segera" kerana mudah diserap dan diproses.  Ia juga mengandungi kandungan serat yang tinggi (3x lebih tinggi daripada pisang).
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Rumah yang tiada kurma adalah rumah yang tiada makanan"
Sabda Nabi yang lain:
"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"
Khasiat kurma adalah sebagai penguat memori, penawar racun dan penawar pelbagai penyakit.


3. BUAH TIN

Buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun.
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan toksin, mengurangkan batuk yang berpanjangan membersihkan hati dan mengurangkan lendir dalam usus.
Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan pelbagai mineral dan zat galian, tetapi rendah sodium


4. ZAITUN

Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35.
Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya. 


5. BIJI HITAM (HABATUSSAUDA)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jadilah seperti biji habb al-sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali mati"
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa habatussauda itu menghapuskan angina dalam usus dan demam, baik merawat 'leukoderma', membuka urat yg halus dan menghilangkan penyakit selsema


6. MADU LEBAH

 Mempunyai pelbagai khasiat dan dianggap ibu segala makanan.
Apabila dicampur bersama air panas, boleh mengubati penyakit cirit-birit.
Sabda Nabi s.a.w.:
"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya"
Rasulullah sendiri mengamalkan minuman madu; dicampurkan madu dengan segelas air dan minum setiap pagi ketika perut kosong.
Madu yg paling berkualiti adalah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga dan musin panas, tetapi kurang berkualiti apabila dihasilkan di musim sejuk. 


 7. DELIMA

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman:
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima"
Terdapat banyak kajian dilakukan yang mana membuktikan delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah.


 
  8. SUSU KAMBING

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Akan tiba suatu masa di mana kambing adalah sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana"
Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang.
Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibu.


9. ZA'FARON/SAFRON

Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan dengan maksudnya:
"Sesiapa yg mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setia hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan zihir"
Za'faron ini mempunyai banyak khasiat lain, antaranya penyakit sawan, penyakit hati, demam, mati pucuk serta melancarkan pengaliran darah.

  
10. BARLI

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.
Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (tetapi jangan campurkan dengan gula).



11. ROTI

Roti yang paling bagus adalah yang diperbuat daripada gandum (kerana mudah dicernakan). Sebaik-baiknya, roti dibiarkan sejuk dahulu sebelum dimakan, jika tidak, kita akan merasa haus apabila memakannya Manakala, roti yang lama dan tidak elok akan menyebukan perut
Nabi s.a.w. bersabda:
"Jangan potong roti dengan isau. Hormatilah roti itu dengan memotong dgn tanganmu kerana Allah menghormati roti itu"



12. HALIA

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat17, Surah Al-Insan) firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan mereka dalam Syurga itu diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'.
Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. Halia juga dikatakan mampu melegakan rasa loya, penyakit sendi dan membantu pengedaran darah.



13. HALBA

Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".
Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas). Wanita arab suka mengambil halba ni untuk cantikkan buah dada. Bagi ibu yang menyusu, halba menambahkan susu badan. Halba juga dapat membantu mengurangkan gula, merendahkan kolesterol, melegakan batuk kronik, bengkak gusi dan sebagai pembuka selera.
 
14. CUKA EPAL

Cuka epal mengandungi pelbagai khasiat dan dikatakan menjadi tonik kesihatan bagi masyarakat Greek. Cuka epal adalah cuka yang terhasil daripada proses farmentasi buah epal.
Nabi sangat sukakan cuka dan kadangkala mengamalnya bersama roti, sabdanya:
"Allah meletakkan keberkatan dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku"

Ia dikatakan dapat menghilangkan kelesuan badan, mengubat penyakit hati, memecahkan lemak di badan, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stress.


 
 
15. TIMUN

Daripada Abdullah bin Jaafar, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memakan timun bersama kurma. Dengan mengambil timun bersama kurma, ia dapat menghilangkan dahaga dan mengurangkan rasa panas badan. Tambahan pula, sifat timun yang tawar, enak dimakan bersama kurna yang manis.
Timun bersifat sejuk dan dingin, manakala kurma bersifat panas dan kering. Maka suhu badan akan menjadi seimbang. Disini Nabi mengajar kita, apabila kita mengambil makanan yang panas, seimbangkan semula suhu badan dengan makanan yang sejuk.
Di samping  itu, timun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang  kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang  diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang
 
   
16. DAGING KAMBING

Daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Negara barat sentiasa mengembang-gemburkan keburukan daging kambing, tetapi hakikatnya ia mempunyai banyak kelebihan.
Mengikut kajian daging kambing adalah daging yang paling baik untuk jantung, mengurangkan darah tinggi dan obesiti, mencantikkan kulit dan juga mengurangkan stress.

 


17. TEMBIKAI

Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata,
“Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.”
Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi  antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai  penyakit terutamanya kanser.
Nabi juga berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.
 
 

18. ANGGUR

Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman:
"Dan di bumi terdapat bahagian2 yg berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman2, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu trdpt tanda2 (kebesaran Allah) bagi org2 yg mengerti"
Anggur dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.


19. CENDAWAN

Drpd Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda:
Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yg sgt istimewa) dan dapat mengubati mata 
Cendawan bukan shj sejenis makanan yg enak, malahan mempunyai pelbagai khasiat dan diakatakan menjadi penawar herba sejak zaman dulu lagi. Mengikut kajian yang telah dijalankan, ia dikatakan dapat meningkatkan system imun badan (terutamanya bagi pesakit kanser), juga berperanan melawan allergik dan radang.


  20. LABU

Daripada Hadis Anas bin Malik r.a:
Seorang tukang jahit telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk menghadiri suatu jamuan makan. Anas bin Malik berkata: Aku pergi bersama Rasulullah s.a.w menghadiri jamuan makan tersebut. Dia menghampiri Rasulullah s.a.w dan menghidangkan roti dari gandum serta kuah berisi buah labu dan daging bakar. Anas berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w mencari-cari buah labu dari dalam sahfah tersebut iaitu sebuah bekas makanan yang memuatkan makanan cukup untuk lima orang ‏”.

Selain kurma, Nabi juga menggemari labu. Ia dikatakan mempunyai pelbagai nutrisi dan zat yg baik utk tubuh badan, terutamanya bagi pesakit rabun malam dan diabetik. Ia juga berkhasiat bagi mengawal nafsu makan, merawat maslah kecacingan dan mencegah pembentukan batu karang.
  
 21. GARAM

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Daripada Abdullah Bin Umar, sabda Nabi s.a.w.:
" Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya:
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam."

 

KE PAHANG KITA....

Salam..Ahkak kembali menghapdate blog...Sekarang hari2 dok di opis..Jadi petang2 nak balik gini mari kita hapdate blog...Minggu lepas cuti 3 hari sempena Thaipussam..Minggu ni cuti lagi 3hari sempena Hari Wilayah..Minggu lagi 1 dapat cuti 4hari sebab raya cina..Seronoknye rasa dapat rehat lama n bebas dari keje..hihihi

Minggu lepas hari sabtu pagi dok umah je sebab Mr Man ada kelas..Then dlm tengahari lepas Mr Man balik kami pun keluar tuk ambik adik ahkak kat ERL yang datang tuk bercuti di rumah ahkak..Sajela dia datang nak lepak2 n jenjalan sama2. Pas amik dia terus ke Mydin Seremban tuk beli barang dapur..Ahkak suke gi Mydin seremban walaupun putrajaya pun ada mydin..Sebabnye Mydin ni besar n xsesak..Selesa la sikit nak shopping..Kat seremban pun ada 2 mydin maybe sebab tu xbape ramai kot ada yang gi mydin lagi 1 tu..Dulu suke gi mydin subang..Tapi kat sana pun agak crowded n kalau nak bayar beratur panjang giler...Di mydin seremban xmacam tu..So, sangat ok n ahkak gumbira..hahha

After gi mydin gi JJ Seremban lak..Mr Man nak makan pizza..After that balik umah..Anak2 pun da letih n tertido...

Hari Ahad ahkak da bangun awal2 pagi tuk masak..Masak nasi goreng je pun, goreng nugget n buat cekodok pisang..Masak lebey ckt buat sarapan n bekal sikit tuk bawa gi jenjalan...After bekfast dlm kul 9 kami pun gerak..Gi mana ke kite ni???/Ha, ni pestime ahkak gi sini..Lama dah tau pasal tempat ni sebab  tempat ni  duduk di bawah kementerian yang bahagian ahkak pernah Audit..Namanya Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di bawah Kementerian Alam Sekitar. Ia bertempat di Lanchang Pahang.Tempat ni xla jauh sangat..Dalam 2jam atau kurang dr KL..Masuk tempat ni rupanye percuma..Tapi pengunjung boleh memberi sumbangan untuk tujuan penjagaan gajah2 ni..

Sedikit info tentang tempat ni:-

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.

Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan ialah:

Masa
Aktiviti
10.30 pagi - 12.00 tengahari  
MEMERHATI KUMPULAN ANAK GAJAH DI KAWASAN TRAIL INTERPRETASI:
Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.
1.00 & 1.30 petang
MENONTON TAYANGAN VIDEO
Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.
2.15 petang
GAJAH MANDI DAN DIBERSIHKAN OLEH MAHOUT
Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
2.45 -3.15 petang
PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI
Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.
Aktiviti ini juga diadakan bagi membiasakan gajah dengan orang ramai untuk menjadikan mereka sebagai gajah yang dapat membantu program pemindahan gajah liar pada masa hadapan.
Nota: Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan.



 Anak-anak gajah..

 Adik memang berani bagi gajah makan..Tebu boleh di beli dengan harga RM3

 Adik ahkak maksu pun berani

 Ini budak pandang dari jauh je..Memang xmau dekat langsung..Bagi makan pun xmau..Pegang je tebu tu..

 Bagi makan kacang lak..Letak atas tapak tangan..Beraninye ko adik..Belali gajah tu kuar hingus..huhu

 Maksu pun bagi makan..Si kakak orang beli kacang nak bagi gajah makan last2 dia masuk dalam mulut dia..Sekali kulit2 dia makan..huhuu

 Adik enjoy sangat tengok n bagi makan gajah

 Mak buyong pun tengok je..Xsentuh xbagi makan..adakah iools pun takut???hahahha

Kami xlama kat sini sebab nak tunggu aktiviti lain cam lambat lagi..Pas tengok gajah kami pun berangkat nak gi makan makanan yang di bawa dari umah..Singgah R & R makan dulu sebab da kul 2 dah..Lapor dah..

http://www.wildlife.gov.my/index.php/ms/pusat-konservasi-gajah-kebangsaan-kuala-gandah-pahang.html 

Pa makan kami singgah ke Bukit Tinggi pulak..Sehala kan..Singgah la dulu sebelum balik..Ahkak da banyak kali gak pegi..Cuma saja bawa adik ahkak jenjalan sebab dia xpenah sampai sini lagi..Pada ahkak kat sini xde ape sangat pun yang best..huhu..Cume pemandangan n building2 dia cantik..Tapi sebenarnye banyak aktiviti yang korang boleh buat kat atas ni..Ada aktiviti lasak seperti wall climbing, aktiviti berkuda, ladang arnab..Tapi ahkak xdela buat sume aktiviti tu..Ahkak just gi Japanese Garden n tengok Bangunan2 cantik di Colmar je..


 Sampai park di Colmar..Tapi kami terus amik bus yang disediakan secara percuma untuk ke Japanese Garden..Kalau nak bawa kete pun boleh naik sampai atas..Tapi kami nak bagi anak2 rasa naik bus yang xde dinding ni..huhuh..Boleh hirup udara segar..huhu

 Ok..Sesampai di sini korang kena panjat tangga yang tinggi ni tuk sampai ke atas..Kalau xmau guna tangga boleh ikut jalan berbukit..Tonggek2 la montot korang nanti..Baikla naik tangga..huhu..Berpeluh gak la ketiak nak naik..hooiii..penat wei..Ahkak bape kali benti2 amik napas..hahah..Mr Man hebat dia siap dukung budak2 berdua tu kiri n kanan..Sampai ada sorang pengunjung ni cakap wah dukung dua2..Pastu bini dia jawab sebab tu la kurus..hahah..Laki dia gumuks ckt..Banggala Mr Man kan..puiiihhh..Ada unsur2 jeles di situ...hahha

Sesudah berjaya mendaki tangga kita amik gambar dulu sambil lepaskan napas yang panjang..fuhhh..lotih den..

Keluarga kecil ahkak...

Benda wajib bile sampai kat atas adalah pekena aiskrim dulu..Tekak kering rasa pas naik bukit tu..

 Welcome to Japanese Garden..
View kat sini emmang cantik n menyamankan..

 Ikan2 yang menarik perhatian anak2

 Kat umah jepun ni sapa2 nak rasa pengalaman jadi orang jepun  leh la cuba..Dia kenakan bayaran tapi xsure bape..Uolls bolehla pakai baju tradisi jepun n minum teh hijau sume..Kami cuma beli makanan ikan je kat sini sebab banyak ikan kat sini..Boleh bagi makan..

 Leka tengok n bagi fish makan


 Bergambar dalam umah jepun..

Mahapkan ahkak..muka ahkak lagi..hahah..Sebab bawa adik bolehla dia amik gambar ahkak banyak2..Kalau ngan Mr Man n anak2 je jgn harapla sempat bergambar sebab x dan nak tengok anak2 lagi..Kang depa berenang sama2 ikan lak..hahha


Hangkutla stroller tu..Kat sini payah ckt tolak stroller sebab jalan dia berliku2..Jadi pada yang stroller jenis besar2 ahkak nasihatkan xyahla bawa..Ngan naik bus lagi..Agak susah di situ..Nasib stroller ahkak ringan n boleh lipat payung..

Habis melawat Japanese Garden kami turun bawah semula..Tunggu bus n baru gi ke Colmar..


 Cantik view dia

 Kiri kanan tu hotel..pastu ada restoran n kedai2 jual souvenier..Nothing special..just view yang cantik

Muka ahkak jela ye..Anak2 n Mr Man dah laju ke depan..

 Sini la dorang dok..Mainan..

Itu pun da seronok tuk anak2 dapat main..

Ok..tu je..Pas habis melawat kami pun pulang..Singgah makan dulu n balik dengan keletihan...

SALES...SALES....TAHAP OPOCOT MAK KO....

Sales ni da lama..Ada barang yang da sold out pun..Tapi hakak baru nak update..hahha..Maafkan aku...

 Ha, terkejut x tengok harga murah giler2 ni..Hakak pun terkejut..Memang banyak sangat order masuk bile seqybeauty buat sales camni...Sapa yang rasa nak cube inilah masanye..Tengah murah ni..

Sayangku sume..Maafkan hakak...Set skincare da sold out k..Tapi uoollss jangan risau..Skincare dengan packaging baru da di jual..Cume harga dia kembali normal RM130.

Stok cleanser ada lagi..Meh habiskan cepat sebelum terlambat..Pasni jangan menyesal kalau xsempat beli.Harga asal RM45 harga sales RM39

 Bbcream yang sales hanya untuk kod natural dan brown sahaja..Selagi stok masih ada k..Ni jimat sangat2..Sales sampai rm10..Harga sal 55 harga sales 45 je..xke nak mengalir airmata..wow..wow..wow...

fungsi bbcream n cleanser

Sapa yang nak dapatkan set skincare dengan packaging baru yang lebih comel ni hanya RM130shja..

Set ini boleh digunakan sebulan setengah ke 2 bulan

Set SkinCare yang memulihkan kulit uols tanpa ada pengelupasan.
Set Skincare ini direka khas untuk uols yang mempunyai masalah :
🔹Jerawat
🔹Parut Jerawat
🔹Kulit Kusam
🔹Kulit Berminyak

Kesan Awal dan Reaksi :
1. Boleh melihat kesan seawal 3 ke 7 hari), untuk kesan maximum perlu memakai set secara berterusan selama 3 bulan.
2. Tiada pengelupasan (normal).
3. Kulit terasa sejuk selepas meratakan krim kerana terdapat ejen penyejuk.
Harga :
RM130 (semenanjung)
RM140 (sabah/sarawak)

NAK ORDER???  WASAP LINI 0122542371