Penah dengar x orang2 tua kata kalau baby kita masuk jari kaki dalam mulut tandanya dia bakal nak dapat adik lagi..Gerun kaum2 mak ni dengar sebab baby sendiri pun baru 4,5 bulan..Apak2 gumbire n menyengih je suke kan...Betul ke sebenarnye petanda ni?
Kalau ikut pengalaman ahkak dulu, ye..ini terjadi..hihi..Jarak antara anak sulung dan kedua hakak cume beza setahun 2 bulan je..Dalam erti kata lain masa anak akak berumo dlm 4 bulan akak da ngandung anak no 2..Dan memang Adelia masuk jari kaki dalam mulut..Tup2 mengandung.BENAR DISITU....hihi
Lepas tu time anak no 2, seingat akak memang dia xde masuk kaki dalam mulut..Xtau la sebab faktor badan dia yang debab n perut muncit comei time kecik dulu yang buat dia susah nak tarik kaki dia masuk mulut..hihihi.
Tup.tup ni si kecik ni dok masuk kaki dalam mulut..berderau mak hang ni dik..Harap dijauhkanla..Belum ready..Luka di perut pun kadang ngilu lagi..hihi
Aisyah Maisarah baru nak masuk 6bulan
Sedap tul kaki dia tu
SAYING
Orang tua2 cakap, bebudak kecik yang asyik menghisap jari kaki ni
sebenarnya sebagai satu tanda yang dia bakal mendapat 'kawan' a.k.a.
adik.
REALITI
Tindakan baby menghisap jari tak kira tangan atau kaki bukanlah
disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia
adalah tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti
jari kaki, mengerutkan jari2 kaki apabila ditekan tapak kakinya atau
menggenggam jari jemari weolls apabila weolls merasa tapak tangannya
dengan jari2 weolls. Itu adalah permulaan kepada pergerakan2 yang lain
seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam
mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. -
sumber
Pa&Ma.
Sejauh mana betulnya petanda ni????
Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang
urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby
menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya
untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang
berfungsi terhadap organ tertentu. Jom kita tengok bahagian tapak kaki
baby ni:
Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba
anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya,
baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal
kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.
Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan
Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan
baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga
dapat merangsang otak dan emosi mereka. Jom urut baby kita hari-hari.
Mesti mereka gembira =)