Sunday, 19 March 2017

INTRODUCING MARY KAY SKINCARE SET

Produk Mary Kay ni banyak..Set skincare dia pun ada macam2 jenis. Dalam setiap set skincare tu pun ada beberapa jenis mengikut jenis kulit..Akak akan cite secara general je tuk memperkenalkan produk2 ni ok..Kalau andaikata berminat nak cuba uoolls wasap akak je nanti ok..


1) SET TIMEWISE MIRACLE SET



"Anda kini bakal mengalami apa yang saya namakan keajaiban. Koleksi premium produk penentang usia membekalkan faedah yang anda perlukan untuk kulit kelihatan muda. Mary Kay membawakan semua faedah ini di dalam satu set lengkap yang disokong oleh data klinikal untuk membekalkan hasil menakjubkan yang boleh anda saksikan."

"Anda boleh lihat mengapa ia dinamakan Miracle Set. Empat produk ini bertindak dengan kulit anda untuk memastikannya kelihatan sihat dan bermaya. Dan jika digunakan bersama, ia akan memperkuat faedah penentang usia antara satu sama lain untuk membekalkan 11 faedah menentang usia"

5 langkah perlu ke arah kulit tidak dimakan usia:
1. Miracle set ini mebersih untuk menanggalkan mekap dan kotoran
2. Ia mengeksfolitasi untuk menanggalkan sel mati di permukaan kulit yang menjadikan kulit kusam
3. Ia menyegarkan kulit untuk merapi dan memperhalus pori kulit
4. Ia melembap untuk menghidrat kulit supaya lembut dan licin
5. Dan perlindungan untuk kulit daripada ancaman matahari dan persekitaran melalui penggunaan bedak asas Mary Kay

"Dan ini hanyalah permulannya. Miracle Set membekalkan tujuh fungsi tambahan dan faedah untuk melicinkan, membantu mengurangkan garis halus dan kedutan, menegang, melembutkan, mencergaskan, membina semula dan membekalkan kemasan tanpa cela.


TimeWise® 3in 1 Cleanser 
Ianya adalah satu produk yang melakukan tiga kerja untuk membersih, mengelupas dan menyegarkan kulit anda dalam satu langkah mudah. Didapati di dalam dua formula iaitu untuk kulit Normal hingga Kering atau Kombinasi hingga Berminyak.

TimeWise® Age Fighting Moisturizer 
Melembap dan melembutkan kulit anda dengan TimeWise Age-Fighting Moisturiser. Ia membekalkan penghidratan 10 jam denan kompleks berpaten yang membawakan hasil yang ketara. Pilihan formula dari kulit Normal hingga Kering atau Kombinasi hingga Berminyak.

TimeWise® Day Solution SPF25 
TimeWise Day Solution Sunscreen SPF 25 menghalang ancaman sinar UVA/UVB untuk membantu mencegah garis-garis halus dan pewarnaan tidak sekata sebelum ia berlaku. Peptida yang menenangkan juga membantu melegakan garis-garis ekspresi.

TimeWise® Night Solution 
TimeWise Night Solution memberikan sistem pembekalan mikro kapsul Nutribeads yang mengandungi vitamin dan antioksidan bergabung dengan peptida penguat kolagen untuk membantu memudarkan garis-garis dalam dan kedutan


Set Miracle (untuk kulit normal dan kering) adalah koleksi premium barangan anti-penuaan yang saling bekerjasama. Set ini adalah koleksi premium produk penentang usia yang bertindak bersama untuk membawakan hasil yang cantik dan berupaya meremajakan kulit anda. Ia adalah produk anti penuaan yang luar biasa dari Mary Kay. Ia menjadikan kulit lebih muda. Set ini direka khas utk membantu menghapuskan tanda penuan dan menampilkan kulit yang lebih berseri . Pembersih boleh tahan sehingga 5-6 bulan, pelembab 8-12 bulan dan Day and Night Solution 4 bulan mengikut jumlah yg di ambil.



2) TIMEWISE PLUS+



"Regimen ini adalah hasil daripada penyelidikan yang ekstensif dalam bidang sains bagaimana dan mengapa kulit mengalami penuaan. Selepas bertahun-tahun menjalani kajian, pasukan ahli sains di Pusat Penyelidikan Mary Kay mengenalpasti satu bahan kompleks yang direka khas untuk mengembalikan keremajaan kulit"

" Penjagaan kulit Timewise Plus+ mengandungi Kompleks Regena-Firm yang menggabungkan manfaat penting daripada peptida biomimetik, penggalak asid hyaluronik dan sel-sel dasar tumbuhan. Bersama dengan bahan-bahan sasaran ini, kompleks yang ekslusif ini telah menggabungkan regimen itu agar keempat-empat produk dapat berfungsi dengan harmoni untuk memberikan manfaat yang tidak diperolehi sebelum ini"

Jom kita lihat setiap produk ni:

1. Regina-Firm Intensive Serum membantu kontur wajah anda kembalik sempurna tanpa geleber. Kulit terasa segar dan mulus sepanjang hari. Malah ia nampak bertahun lebih muda, lebih tegang dan lebih sekata.
2. Regina-Firm Day Treatment SPF 30/PA+++ memadatkan dan menganjalkan kulit agar keremajaannya sentiasa terpelihara
3. Regina-Firm Night Treatment mempercepatkan transformasi kulit dengan memulihkan keanjalan dan kepadatan kulit
4. Regina-Firm Correcting Eye Cream menegang dan menghilangkan geleber di sekeliling mata. Inilah rahsia wajah yang sentiasa kelihatan muda berseri
5. Volu-Fill Wrinkle Corrector ini mengandungi teknologi sasaran akan menambahbaikan enam kawasan kedutan dengan ketara. Krim ini menyasarkan kedutan dan mengisikannya dengan segera serta memberikan manfaat yang ketara serta berjangka panjang


Enam kawasan kedutan:
1. Kedutan pada dahi
2. Kedutan di antara kening
3.Kedutan di sudut mata
4. Garisan senyum
5. Garisan vertikal bibir
6. Garisan tepi bibir


3. MELACEP PLUS+ LUMINOUS SYSTEM



Regimen ini lengkap yang direka khas untuk memberikan manfaat kejernihan pada peringkat baharu; kejernihan, kecerahan, ketulenan, tona kulit yang sekata dan kelembapan.Melacep Plus+ Luminous Complex esklusif kami, iaitu ekstrak edelweiss, estrak algae dan vegetable amino acids, regimen ini dapat memberikan manfaat kejernihan 5+ berlian untuk mengecapi wajah yang cerah berseri.

Jom kita lihat setiap produk ni:
1. Foaming cleanser digunakan 2x sehari untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan secara lembut.
2. Masker dapat membelai anda sebanyak dua atau tiga kali seminggu supaya kulit lebih cerah dan cantik.
3. Freshener menjadikan kulit anda berasa segar dan halus kerana ia menyempurkan proses pembersihan
4.Untuk menambahkan kecerahan, tekstur dan bintik-bintik hitam wajah secara ketara gunalah  Melacep Plus+ Ultimate Serum yang mengandungi Kompleks pencerahan agar menawarkan manfaat-manfaat pencerahan yang berkuasa, membantu meningkatkan tahap pencerahan kulit anda ke tahap baharu
5.  Melacep Plus+ Ultimate Cream pula memberikan pelembapan dengan segera, membuatkan kulit berasa lebih anjal, menambahbaikan keseluruhan kulit dengan ketara

MelaCEP Whitening System telah dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu meneutralkan unsur-unsur yang menyebabkan nada kulit tidak sekata serta tidak bermaya. Kami telah menguji sistem ini ke atas lebih 400 orang wanita Asia dan meminta mereka menyatakan faedah yang telah dialami setelah menggunakan produk tersebut. Di bawah ini ialah kenyataan majoriti daripada mereka yang terlibat dalam kajian pengguna yang mendalam ini :


* 91% melihat kulit yang lebih berkilau dan diperelok secara keseluruhan
* 88% melihat kulit yang lebih cerah dengan nada kulit yang lebih sekata
* 78% melihat kejernihan kulitnya kembali pulih
Hasil Klinikal Yang Pasti Anda Suka!
Faedah MelaCEP Whitening System turut disahkan dalam satu kajian klinikal yang dijalankan di Asia oleh seorang ahli dermatologi terkemuka, dan berikut ini ialah laporan beliau :
PENGURANGAN SEHINGGA 25% DARI SEGI KEKETARAAN BINTIK HITAM!



4. BOTANICAL EFFECTS


Terdapat 3 formula yang anda boleh pilih bersesuaian dengan jenis kulit anda.

1) Untuk kulit kering - gunakan formula 1 yang mengandungi  Flaxseed dan sea kelp yang membantu melembapkan kulit dan melegakan ketidakselesaan kulit kering

2) Kulit normal - Fragnipani dan water lily dalam formula 2 mengandungi kuasa antioksidan dan membantu melindungi tekanan persekitaran setiap hari dan meninggalkan kulit sembur dan seimbang.

3) Kulit berminyak - guna formula 3 yang mengandungi tea tree dan jambu batu yang terkenal untuk membersihkan pori-pori dang mengurangkan kelebihan minyak.

FAEDAH DAN PERAKUAN
Semua produk hipoalergenik dan bebas dari pewarna sintetik dan wangian tambahan. Tambahan pula, pembungkusan ini lembut terhadap planet.

Kulit saya kelihatan sihat!
Inilah yang diperkatakan oleh sembilan daripada sepuluh wanita setelah menggunakan Penjagaan Kulit Botanical Effects™ dalam sebuah kajian bebas pelanggan*. Berikut adalah yang sekurang-kurangnya 90% daripada mereka katakana setelah menggunakan rejimen untuk kulit biasa*
• Ia meninggalkan kulit berasa sihat
• Ia mencergaskan kulit
• Ia meninggalkan kulit berasa segar dan dibersih dengan terperinci
• Ia menambahbaikan penampilan kulit secara keseluruhannya
*Hasil yang dilaporkan dalam kajian pengguna bebas sepanjang satu minggu

PELANGGAN SASARAN
Penjagaan Kulit Botanical Effects™ Skin Care adalah sesuai untuk wanita yang:

• Sedang mencari pendekatan peribadi untuk memenuhi keperluan asas kulit dan belum risau tentang tanda-tanda  penuaan.
• Ingin berasa baik tetang cara dia menyayangi kulit sambil menjaga planet ini tanpa mengorbankan kualiti dan hasil.
• Memerlukan produk yang telah diuji untuk kulit sensitif kerana sensitf terhadap bahan-bahan tertentu
• Adalah pelanggan kini produk Customized Skin Care. Dengan semua produk serupa yang sedia ada, dan formula yang berasa hebat serta memenuhi keperluan kulit, pelanggan Customized Skin Care anda akan menyukai rangkaian produk ini yang dikemaskini dan mempunyai pendekatan menyegarkan terhadap rangkaian produk ini.


5. ACNE-PRONE SKIN


Ada 3 produk dalam set ini:

Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin ialah formula jernih, ringan yang memastikan kulit mati di permukaan tidak terkumpul di dalam pori serta membantu menanggalkan minyak berlebihan. Ia cepat bertukar kepada busa lembut dan dibilas bersih tanpa meninggalkan sisa, menjadikan kulit bersih, segar dan sedia untuk langkah seterusnya.

Pore-Purifying Serum for Acne-Prone Skin ialah serum lut cahaya, lembut bak sutera yang membantu mengawal minyak yang menyebabkan jerawat. Ia cepat meresap dan membantu mengecilkan pori serta mengurangkan kilat muka. Ia dirumus untuk disapu pada seluruh muka, kecuali di kawasan mata.

Spot Solution for Acne-Prone Skin mengatasi kecelaan dan membantu mengurangkan bakal letusan kulit. Krim yang sangat berkesan ini cepat meresap dan tidak meninggalkan sisa. Ia dirumus untuk dipakai pada kecelaan berasingan, bukannya disapu pada seluruh muka.

PELANGGAN SASARAN
Sesiapa sahaja yang menghidap akne ringan hingga sederhana boleh menggunakan Mary Kay® System for Acne-Prone Skin. Walaupun sasaran utamanya ialah wanita, Mary Kay telah menjalankan kajian klinikal ke atas remaja. Apabila ia digunakan seperti yang disyorkan, hasil kajian selama 12 minggu menunjukkan bahawa adalah sama seperti yang disaksikan pada kajian ke atas orang dewasa. Apabila lelaki menggunakan produk ini dalam satu kajian pengguna, mereka juga turut mengalami faedah yang sama.

FAEDAH PRODUK & PERAKUAN
Dirumus dengan 2% asid salisilik, produk ini menembusi pori untuk membersihkan minyak dan daki terperangkap, membantu membersihkan kecelaan akne dan mengawal minyak berlebihan. Semua produk ini mengandungi bahan botani seperti Canadian willowherb, sea heather dan burdock root.

BEGINILAH SISTEM INI BERFUNGSI
Akne berpunca daripada satu rangkaian peristiwa. Untuk memastikan kulit bersih dan bebas daripada akne, kitaran ini perlu dikendalikan, dan Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk menjalankan tugas ini. Ia memastikan pori tidak tersumbat.
Apabila minyak dihasilkan, ia mengembara ke atas dan keluar melalui pori untuk melincirkan kulit. Tetapi dalam kes kulit yang mudah diserang akne, sel kulit mati yang biasanya tanggal begitu sahaja telah terkumpul di dalam pori, memerangkap minyak di dalamnya.
 Clarifying Cleanser for Acne-Prone Skin dirumus untuk menanggalkan kulit mati di permukaan daripada pori.Ia membantu mengurangkan minyak berlebihan.
Minyak dihasilkan dalam kelenjar sebum yang terletak di bawah permukaan kulit. Sementara sejumlah tertentu minyak diperlukan untuk melembutkan kulit serta mengekalkan sekatan pelindungnya, minyak berlebihan boleh menyumbat pori. Mary Kay® System for Acne-Prone Skin dirumus untuk membantu menanggalkan minyak berlebihan.

Ok..ni la sume set skincare dalam MaryKay..Tapi ni basic je tau..Tapi ada set tambahan lain yang dijual untuk melengkapkan basic set tu.Tapi nak pakai set yg sedia ada tu pun da cukup..Kalau berminat nak cuba or nak tanya2 blh wasap akak ye.

LINI - 0122542371

Kalau akak rajin akk akan up produk2 mekap dan lain2 yang ada dalam Mary Kay ni..Banyak tau...



Wednesday, 15 March 2017

NEW BABY...

Wah..wah..new baby..Bila akak mengandung???korang tau ke..hihi..Ok, memang xla baby baru kan..Baby yang ada pun baru 10 bulan..Ni new baby lain..Minat baru hakak..Sekarang akak up 1 lagi produk jualan iaitu MARY KAY...

Rasa xperlu diperkenalkan lagi MARY KAY ni..Ramai tau MARY KAY ni produk kecantikan. Meh akak cite sikit sejarah owner Mary Kay ni...

Siapa Mary Kay Ash?...

 Kay Ash ialah seorang wanita hebat.

Mary Kay menubuhkan syarikatnya pada tahun 1963 ketika beliau berumur 45 tahun. beliau seorang pemimpin yang berwawasan yang memulakan syarikat ini kerana beliau ingin memberi wanita satu peluang yang boleh memperkaya kehidupan mereka. pada awal tahun 60-an, beliau menyedari bahawa wanita memerlukan peluang untuk mencapai kejayaan kewangan sambil menyeimbangkan kehidupan mereka dengan nilaidan keutamaan yang penting kepada mereka.

Dan sekarang, 50 tahun kemudian, wanita masih menyayangi Mary Kay, wanita ini, produknya dan falsafahnya. Hal ini demikian kerana, wanita yang sempat mengenali Mary Kay berpendapat bahawa syarikat ini lebih daripada sekadar kereta pink. sesungguhnya, ia sebuah syarikat yang penuh dengan kasih sayang.

Mary Kay mempunyai 4 nilai teras yang kami dukung sepenuhnya, iaitu:
1. Perniagaan Mary Kay diasaskan pada prinsip Go-Give, iaitu membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.
2. The Golden Rule yang mengajar kami melayan orang seperti mana kami ingin dilayani.
3. Kami percaya kepada usaha membuatkan orang lain penting.
4. Mengekalkan keutamaan yang betul dan keseimbangan dalam hidup - Tuhan di tempat pertama, keluarga di tempat kedua, dan kerjaya di tempat ketiga.

Mary Kay Ash mendapat banyak anugerah yang berprestij dan diiktiraf sebagai usahawan wanita yang terunggul dalam sejarah Amerika!

Hari ini, Mary Kay Inc. adalah salah satu syarikat kosmetik terbesar di dunia dan telah mencapai status jenama utama di Amerika Syarikat. Selain itu, pasukan jualan bebas Mary Kay telah berkembang pesat dengan lebih daripada 3 juta orang tersebar di lebih daripada 35 pasaran di seluruh dunia. Mary Kay Malaysia ditubuhkan pada bulan Oktober 2000 dan Mary Kay Singapura ditubuhkan pada Mac 2009.

Visi Mary Kay Ash masih berkembang maju kerana ia kekal berkaitan wanita. peluang perniagaannya menyediakan cara yang hebat kepada wanita memperoleh pendapatan tambahan serta meraikan kejayaan mereka dengan hadiah-hadiah cantik seperti barang kemas, pelancongan ke luar negara dan kereta pink. Malah, syarikat memberi ganjaran berjuta-juta dolar dalam wang tunai dan hadiah setiap tahun. Jadi, sambil anda melihat ini, pertimbangkan peluang ini.



Tuesday, 14 March 2017

AL-FATIHAH

1 Mac 2017 ritu kami sekeluarga mendapat berita sedih. Dugaan yang maha berat untuk Mr Man. Ibu Mr Man telah meninggalkan dunia dalam pukul 1 pagi. Terkejut dapat berita tu..Masa dapat panggilan telefon dari kakak ipar (K. Watie) tu, kami tengah tido..Mula2 k.watie kol kata mak tenat..Mr Man pun da kejut akak suh bangun kemas beg tuk siap2 balik ke kampung..Selang bape minit pastu k. watie kol balik da sahkan mak da meninggal...ALLAH...Sungguh, terkedu waktu tu..Mr Man menangis dan bgtau akak..Akak cam blur sebab mamai2 bangun tido pastu kemas beg..Xsempat nak peluk Mr Man n tenangkan perasaan dia..

Sebenarnye kematian ni macam mengejut..Xsangka..Bukan kata xmenerima berita kematian ni..Cumanye mak xsakit lama pun n malam sebelum meninggal tu Mr Man ada buat video kol ngan mak n beliau nampak sihat..Mak jadi xsihat beberapa hari sebelum meninggal. Puncanye sebab mak  makan rebung waktu pergi kenduri.Xsure 17 or 18hb Februari.Yang kawin tu pun sedara mara..Jadi bile nk balik dr kenduri tu dorang bungkuskan lagi rebung tu..Kat umah pun mak sambung makan lagi  rebung tu.Banyak mana beliau makan Wallahuallam...

Rasanye pas seminggu makan rebung tu mak start demam..Sakit-sakit badan..Biaselakan, kalau ada orang jenis xtahan memang badan leh sakit2, sejuk n sakit urat..Tambah2 kalau kita da berumur memang bergandala sakitnya. Mr Man sendiri xleh makan rebung..Kaki dia akan sakit n xleh pijak lantai..K.Watie bawa mak gi klinik amik ubat..Doc kata xde ape..Just masuk air sebab nampak xlarat n boleh balik. Rasa ada 2x dorang gi klinik tapi xde ape.Dalam 2 ke 3 hari sebelum meninggal tu mak start xleh bangun n xleh jalan..Nak duduk pun kena ada org tolong dudukkan dia..Bila nak cakap pun suara pun dengar xdengar..

Mr Man kol mak dia hari2.Tanya keadaan semua..Mengikut kata K.Watie pun mak ok..Dia da lalu makan sikit. Jadi kami xla risau sangat..Ingatkan beliau demam2 biase.Biasala da tua2 ni kadang2 sihat kadang2 sakit kan. Malam lebih kurang kul 8mlm 28 Feb k.watie kol..Mr Man buat video kol supaya boleh nampak mak dia..Malam tu mak dia kata nak tengok muka Mr Man. Pastu beliau nak tengok muka cucu2 dia.Kat situ da rasa lain macam..Tapi xdapat agak lagi.Sebab malam tu mak boleh bangun n dipapah untuk jalan 2,3 step. Makan pun ok.Banyak juga dia makan..Lepas dari tu kami laki bini pun bincang..Ikutkan kami nak balik kampung 1 Mac tu petang after keje. Tapi xsangka dia meninggal hari tu juga sebelum kami sempat balik tengok dia...Last kami balik kampung raya cina hari tu..

Mr Man memang sedey..Sebab antara anak2 lelaki dia paling rapat ngan dia..Walaupun dia sorang dok jauh (yang lain dok kat sg petani jugak) tapi mak dia memang slalu kol dia..Bukan sembang kejap2 5-10minit tapi berjam2..Ritu sampai 3jam dia cakap..Macam2 mak dia cite.Dekat2 mak meninggal Mr Man cam rasa lain macam..Bila ayah dia kol kata mak dia minta maaf kat ayah dia lagi rasa xsedap ati..Ikutkan dia kata dia nak balik naik bus hari isnin tu nak tengok mak dia kejap sebab sebenarnye dia ada program keje minggu tu..Tapi bile pikir balik karang jadi ape2 jenuh dia nak balik amik akak n anak2 pulak balik kampung..Jadi tunggu punya tunggu xsangka mak meninggal pada tarikh kami nak balik lawat dia..Sedih sangat..Tapi akak yakin mak dia da maafkan anak2 dia sume.cuma kita anak2 ralat sebab xde kat sisi dia waktu dia hembuskan nafas terakhir.


 Mak meninggal dalam tido.Waktu tu sume baru nak masuk tido.Sebelum masuk tido tu anak2 lain da sembang,bagi mak makan n bagi mak bangun n papah jalan 2,3 langkah..Alhamdulillah kami anak2 cucu mandikan jenazah bersama2..Urusan pengebumian berjalan lancar dan majlis Tahlil pun da selesai..Allah lebih sayangkan arwah mak..Semoga arwah mak tenang di sana..AL-FATIHAH...

Pada majlis pertunangan kami..Masa ni mak sihat..Badan pun berisi

Waktu kawin ni mak macam da kurus sikit.Makin lama makin kurus..Mak pun ada kencing manis..Jadi lama2 kurus


Ketika mak menunaikan umrah dengan ayah dan adik ipar


P/S :Buat yang masih ada ibu dan ayah..Hargailah mereka.Jika mereka sakit janganla teragak2 nak balik jenguk ibubapa kita..



Monday, 13 March 2017

SALAM KERINDUAN

Wow...tajuk kehmain salam kerinduan..Sungguh hakak rindu blog ni tau..Lama xbuka n xmenulis.Sebabnya 1 kekangan masa. 2 sebab lupa email n password blog ni..hahah..Teruk nau..Sampai minta bantuan la sebab mmg xingt ape pun..Nasib leh buka lagi blog ni..Kalau x tinggal kenangan jela blog hakak ni..


Rindu uolsss..hihi