Friday, 14 August 2015

MINUMAN MENAKJUBKAN UNTUK MENCAIRKAN LEMAK..

X boleh jadi ni..Badan rasa naik semacam je..Rasa sparepart makin bertambah je ni..Mau xnye..raya melantak xhengat..sedey..huuhuu..Jadi ahkak xleh dok diam..Search punya search ahkak terjumpe kekdah tuk mencairkan lemak dalam badan..Meh ahkak share ngan uoollss kot korang pun bertambah gemuk pas raya ni...hihihi


Minuman Menakjubkan Untuk Cairkan Lemak Dalam Masa 4 Hari




Masalah kegemukan atau lemak dalam badan yang berlebihan adalah salah satu masalah yang membimbangkan ramai orang. Lemak yang berlebihan dalam badan membuatkan kesihatan tubuh badan semakin berkurangan dan akan mudah terdedah dengan risiko penyakit.

Penyakit utama yang sering terjadi disebabkan lemak berlebihan di dalam badan adalah obesiti dan penyakit jantung. Ini sudah pasti membimbangkan ramai orang yang memiliki lemak badan yang berlebihan.

Ramai antara kita yang ingin mencari cara cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.

Kali ini saya ingin berkongsi satu minuman ajaib yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menyiapkannya. Minuman ini sangat berkesan untuk meleburkan lemak berlebihan di dalam badan anda.


Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
 •8 ½ cawan air ditapis
 •1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
 •1/2 timun, dihiris nipis
 •1/2 lemon, dihiris nipis
 •12 daun pudina

Cara penyediaanya:

Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.

Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.

Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?

Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.

Sekarang mari kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

Timun

Timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

Halia

Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.


Lemon

Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.


Pudina


Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.


Air


Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mencukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.

Ok uoolsss jomla cube sesama..Bila nak cuba tu xtau la kan...eeerrrrmmmmm...

No comments :

Post a Comment