Ni masih cerita ketika di kampung..Cuti kan panjang jadinya sampai ke Penang hakak berjalan. Sungai Petani ngan Penang xla jauh sebenarnya. Xsampai sejam pun. Kami nak ke Penang naik feri. Punya hazab lama giler dekat sejam tunggu feri. Kereta xla banyak sangat. Cuma feri lambat. Gigihla jugak tunggu sebab nak bagi anak-anak seronok. Padahal dah selalu naik feri ke Penang..hihi.
Kononnya nak ke Penang sebab nak pegi Bukit Bendera. Tapi sampai Penang pun da dekat kul 2. Pastu singgah lunch di Padang Kota. Alih2 dah kul 3 petang. Malas pulak nak ke Bukit Bendera dah. Jadi kami pun pusing2 je kat Pekan Penang nampakla ada muzium makanan ni. Maka dari xtau nak jalan mana kami pun masuk.
Harga tiket dewasa RM15. Kanak-kanak RM10. Ni pintu masuknya
Depan pintu masuk ada cendol sebesar alam..Menyelerakan..hihi
Telur mata kobau cair..Kalau makan ngan nasi hakak suke cair2 cenggini. Tapi telur separuh masak i xmakan..huhu
Malaysia ni kaya dengan makanan. Sume ada.
Ni sebenarnye dia tunjuk gambar makanan peranakan baba nyonya xsilap hakak. Xnampak pulak gambarnye..
Ni pula makanan kaum India. Nampak x chapati thosai sume ada situ.Atas dinding je dia tampal. Makanan tu sume nampak real tau.
Chinese food.
Rojak buah
Mee kari 10orang makan pun xhabis..
Satay
Berat giler replika satay ni. Anak hakak yang kecik tu sampai xlarat angkat..
Ala2 meniaga tepi jalan gitu.
1 roti canai kongsi anak beranak..Kenyang...hihi
Kedai runcit ala2 zaman dulu..
Ni paling terliur....
Roti sosej
Sapa makan cili dia rasa pedas. Sapa rasa pedas kata aku main cakap lepas. Amboi..amboi..amboi... Ewah..hahah
Rajin anak dara hakak.. Nanti semoga rajin2 tolong ibu kat dapur..hahah
Teh tarik tinggi punya. Kompom sedap..
Love this picture.
Pelbagai jenis manisan. Budak2 kompom suke ni.
Teh o ais ikat tepi
Dah habis melawat muzium ingatkan nak ke Pantai nak bermandi manda.Sekali jalan jem sangat. Mungkin sume nak ke situ.Anak2 pun dah tertido kepenatan dalam kereta..Jadi kami patah balik dan balik ke Sungai Petani. Kali ni xmau naik feri dah. Serik berjam2.Balik ikut highway je. Cepat je sampai.