Sunday, 10 February 2019

SUGEH VILLAGE COUNTRY HOUSE

Assalamualaikum, hari ni hakak nak share pasal percutian hakak n family ke Sugeh Village Country House iaitu milik Dato Alif Syukri terlajak laris tu. Lama dah hakak survey2 nak ke sini. Dari tahun lepas lagi kononnya nak pegi time cuti sekolah. Tapi memang xdapatla nak merasa sebab always fully booked. Jadinya bile Sugeh Resort dah keluarkan kalendar baru untuk tahun 2019, cepat2 hakak book. Dapatla pegi time cuti Raya Thaipussam baru ni. Hakak ke sana pada 20 & 21 Jan 2019.

Resort ni xjauh. Kat Sungai Buluh je. Kami keluar dari umah dalam pukul 1.00tghri sampai dalam kul 2.15 tghri. Tapi boleh check in pukul 2.30. Makanya kami pusing-pusing dulu lihat apa yang ada kat sini. Kawasan resort ni xdela kat kawasan pedalaman pun.Masih dalam bandar. Mula2 uools akan nampak Restoran Terlajak Laris dulu kat pintu masuk tu. Bila masuk ke dalam sikit baru nampak resort. Dalam ni juga ada dewan. Sapa2 nak buat Majlis Perkahwinan berkonsepkan desa pun boleh kat sini. Tempat ni nampak menarik sebab penginapannya sangat cantik. Selain tu rasa macam kat kampung pun ada sebab itik, angsa n ayam berkeliaran..hihi





Kat sini bilik tak banyak. Sebab tu selalu full.. Antara sebab hakak memilih nak bercuti kat sini adalah sebab:-

1) Tempatnya dekat dengan rumah. Masa perjalanan pun xsampai 2jam. So, bila balik dari bercuti tu sampai umah xdela lewat sangat n hakak pun xletih sangat nak mendobi baju2 yang dipakai kat sana tu. Selain tu hakak suke biliknye yang cantik n suasana desanya tu.






2) Ada mini zoo. Ini pun salah satu sebab hakak ke sini. Sebab anak2 suke tengok haiwan.






3) Ni yang paling utama. Iaitu kolam renang..Memang kesukaan anak2..Ada dua kolam di sini. Satu di kawasan sugeh villa. Sugeh Villa ni penginapan untuk yang berkeluarga besar. Ada banyak bilik dalam rumah tu. Hakak xsure ada berapa banyak rumah dalam sugeh villa tu. Kalau ada family yang dah booked the whole villa jadi uools xboleh mandi kat situ.  satu lagi kolam kat belah penginapan hakak duduk.


4) Restoran dekat iaitu restoran Terlajak Laris tu la. Kalau nak order boleh kol je dorang hantar.





5) Tenang dan xramai orang sangat. Memandangkan biliknya terhad maka orang xramai sangat. Kolam pun ada 2. Jadi xcrowded sangat kolam tu.



6) Ada tempat untuk BBQ sendiri. Xperlu share dengan orang lain. Uols boleh membakar depan bilik  lagi. Kalau pergi sana hakak nasihatkan amik bilik bawah. Bagi yang ada anak2 kecik better amik bilik bawah. Xperlu nak naik tangga. Nak BBQ pun senang sebab depan bilik je. Tapi pada yang suke privacy n view boleh pilih bilik belah atas.





Sekian sahaja. Jadi pada hakak seronok jugakla bercuti di sini. Anak2 pun hepi..

No comments :

Post a Comment