Hai..Cuti hari tu uoollsss gi mana?Ahkak bercuti panjang dari hari khamis sampai la ahad.Krismas jatuh hari khamis jadi ahkak amik cti terus jumaat tu sebab keluarga mentua ahkak datang untuk bercuti di sini.Memang rutin every year setiap kali cuti skolah dorang akan datang umah akak..So hari khamis hari tu kami pun bawala dorang sume melawat Bukit Cerakah @ Bukit Cahaya Seri Alam.Taman ni terletak di Shah Alam.Tiket masuk hanya RM3 sahaja.Lepas tu dia ada rumah 4 musim.Tapi pada ketika ahkak datang ada rumah musim salji je.Harga tiket RM5 je.So, sume sekali RM8 je.Murah kan????
Bila da masuk dalam tu korang boleh pilih nak sewa basikal ke nak jalan kaki ke or nak naik bas.Sewa beskal kalau xsilap RM10 sejam..Perkhidmatan bas pulak adalah free tapi hanya disediakan untuk ke rumah 4 musim sahaja..Kalau korang nak jalan kaki memang pancitla tengah jalan..Kawasan taman ni sangat besau..
Panjang giler beratur nak naik bus.Kebetulan waktu ahkak gi ni ada lawatan budak2 skolah.Jadi lama nau la nak tunggu sebelum dapat naik bas.
Bus hantar sampai atas.Tapi nak ke rumah empat musim tu kena jalan jauh gak la..Jom layan gambar..Sampai kat rumah tu kena beratur lagi..Bertembung ngan adik2 skolah tadi ..Ramai giler orang.Nasib xberapa baik sebab orang ramai.Jadi agak lama nak tunggu sebelum boleh masuk dalam.
Sebelum sampai rumah empat musim banyak kali berhenti gak la..
Sambil menunggu giliran sebelum dapat masuk rumah salji..Bagi adik2 skolah masuk dulu..
Mahap gambar goyang.Tapi nak masuk gak sebab ni je gambar 1 family yg ada..
Bile masuk bilik tu kemain sejuk..Kaki tangan jadi kejang..Jari pun rasa sakit kekejangan
Anak meronta2 xmau amik gambar..Ibunye tetap nak pose gak..hahah
Ahkak cakap ni Olaf dari cite frozen kat si kakak..Dia pun beria2 memanggil olaf..
Ni binaan umah2 musim salji
Gambar ni xde motif..Just nak tunjuk muka ahkak yang comei je..kihkihhkih..
Dalam ni xle besar sangat tapi berbaloi la dengan harganya..Tapi korang xyah beria sangat nak bawa sarung tangan konon dapat pegang salji..Mimpila korang..Sebab boleh tengok dari jauh je sebab dia buat penghadang.NO ENTRY k..
Ni lak kat luar umah salji tu..Lega dapat cahaya balik..Kemain sojuk kat dalam tu.. |
Ahkak pun muat masuk umah tu..hahah
Lepas kuar dari rumah 4musim tu hujan kemain lebat lagi.Pada awalnye kami bercadang tuk jalan kaki je turun ke bawah sebab nak tengokla tempat2 lain kat situ.Bas xbenti kat tempat2 lain hanya kat rumah 4 musim je.Tapi memandangkan hujan terlalu lebat kami terpaksala naik bus balik n turun ke tempat asal.Then balik..hahah..Xsempat nak tengok apa lagi yang ada kat situ..
Antara Tarikan Pengunjung yang ada di sini ialah
Taman Haiwan
Bawa anak-anak anda ke taman haiwan sebesar 72 hektar ini untuk melihat
dan bermain dengan pelbagai jenis ternakan seperti kambing, biri-biri,
lembu dan ayam yang diternak oleh penyelidik taman.Anda juga boleh melihat spesis burung-burung eksotik yang jarang ditemui.
Taman Empat Musim
Ingin rasai kecantikan dan keseronokan berada di luar negara hanya dengan berada di Shah Alam? Nikmati keindahan musim bunga, kehangatan musim panas, daun-daun kering di musim luruh dan kesejukan musim sejuk semuanya di Taman Empat Musim di TBSA.

Taman Rempah
Lihat dan pelajari mengenai pohon-pohon herba, pokok-pokok renek yang digunakan dalam perubatan dan tumbuhan minuman yang ditanam di atas tanah seluas 16 hektar.
Lihat dan pelajari mengenai pohon-pohon herba, pokok-pokok renek yang digunakan dalam perubatan dan tumbuhan minuman yang ditanam di atas tanah seluas 16 hektar.
Taman Kaktus
Terdapat lebih 3000 kaktus tumbuh-tumbuhan di taman ini, termasuk Saguaro gergasi yang biasanya ditemui di Mexico.
Terdapat lebih 3000 kaktus tumbuh-tumbuhan di taman ini, termasuk Saguaro gergasi yang biasanya ditemui di Mexico.
Taman Buah Tropika
Taman Buah Tropika seluas 36 hektar ini mengandungi pokok buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis dan cempedak. Anda boleh melawat rumah kelapa — sebuah rumah yang dibina dari bahagian-bahagian pokok itu dan melihat produk-produk lain berasaskan kelapa yang juga dipamerkan di dalam rumah tersebut.

No comments :
Post a Comment