Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) dibuka
dari 24 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 untuk membolehkan orang
ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda
beberapa negeri baru-baru ini. Dengan menggunakan SMS, hanya taipkan
perkataan BANJIR serta amaun yang anda ingin derma, contohnya BANJIR 5
(BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada
13999. Amaun-amaun yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5,
10, 15, 20, 30, 40 atau 50.
Terima kasih kerana menderma! Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
No comments :
Post a Comment