Tuesday 31 March 2015

GST OH GST...

Besok sistem GST akan dilaksanakan di seluruh Malaysia..why ada GST, why why Malaysia, whyyyy??!!! *sambil tarik2 tudung..ata nak buat macam mana dah dok kat Malaysia terima jer la macam2 cukai dikenakan.. Ahkak da buat persediaan rapi tuk GST..Beli pampers sebanyak mau, susu tuk stok setahun..hahah...Macam nak ngadap darurat lak rase beli stok bebanyak..

Ok la tak nak cakap lebih2, kang cakap merepek lebih2 jadi benda lain pulak..Kena tangkap bawah Akta ISA lak..hahah..Ok, Ahkak nak kongsi tips yang boleh memberi manfaat pada korang semua supaya jangan tertipu dengan peniaga2 kat luar sana yang cuba nak amik kesempatan naikkan harga barang sewenang-wenangnye.... manfaat la sangatkan..hahaha =P

1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atatu tidak.

2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (Akta SSM) dan juga nombor pendaftaran GST. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.

3 Setelah berurusniaga, semak nama dan nombor pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.

4. Jika syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. Peniaga boleh dikenakan denda RM200,000 jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, JANGAN BELI.


Selain tu korang boleh rujuk pada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan (KPDNKK) senarai barang yang dikecualikan daripada GST...

Jadilah pengguna yang bijak..Kalau rasa kena tipu harga mahal xmasuk akai cepat2 lapor pada KPDNKK..

Monday 30 March 2015

SET KOMBO SEQYBEAUTY YANG JIMAT SANGAT..

Nak cerita pasal berita baik ni kat semua.

Seqy Beauty dah keluarkan satu lagi product baru iaitu SAKURA MASK.
Kalau korang dah cuba BB Cream n Cleanser mesti dah tahu dah kan macam mana osem giler product Seqy Beauty ni. Korang memang kena cuba SAKURA MASK ni pulak. Konfem jatuh cinta melantun-lantun jugak. Testimoni makin hari makin banyak sampai tak tahu mana satu nak pilih. HAHAHA. Ayat nak over-over aje kan. Tapi memang itu lah kenyataan yang terpaksa saya pikul HAHAHAHA

Tadaaaaaaaaaaaaaa.


Ini la rupa SAKURA MASK by Seqy Beauty.

Botol dia canggih baq ang
Dijamin gel dekat dalam tak tercemar sebab ko takyah colek-colek pakai jari kalau nak pakai.
Pakai ia picit-picit je. Nanti dia keluar kat atas.

1st time ahkak jumpa yang macam ni. Jakun kejap HAHAHAHA.



Sakura Mask adalah gel pelbagai fungsi kerana ianya mengandungi Sakura Plan Extract  dan Snail Extract yang terkenal dengan fungsi melembap, anti-penuaan, mencerahkan, dan juga mempunyai ciri-ciri anti-radang. Beberapa ekstrak tumbuhan juga ditambah untuk hasil yang lebih optimum.

Fungsi dan Kebaikan Sakura Mask by Seqy Beauty
1. Sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Menyegar serta melembapkan kulit.
3. Mengurangkan bekas jerawat
4. Mengecilkan pori-pori 
5. Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
6. Membantu re-generasi kulit
7. Mengurang dan mencegah kedutan pada wajah
8. Mengeringkan jerawat
9. Mengurangkan kemerahan dan ruam pada kulit
10. Boleh digunakan untuk kulit terbakar
11. Kaya dengan vitamin B
12. Mengurangkan selulit
13. Menghilangkan flek hitam pada wajah
14. Memperbaiki kulit secara keseluruhan
15. Merangsang pembentukan kolagen
16. Anti-penuaan, anti-radang, anti-septik, anti-fungal

 
Ingredients :
  
Aqua, Carbormer, Extract Sakura Plant, Snail Secretion Filtrate, Chamornilla Recutita (Matricia) Flower Extract, Sodium PCS, Glycerin, Propylene Glycol, Allantoin, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, 1,2-Hexanediol, Chlorhenesin
Cara Penggunaan :
1. Sapu secara merata di seluruh wajah dan leher (15-20minit). Bilas.
(boleh digunakan pagi atau malam)
atau
2. Sebelum tidur, sapu secara merata dan bilas pada keesokkan pagi.
*Boleh digunakan setiap hari.
*Jika anda memakai krim malam, boleh menggunakan Sakura Mask 2 atau 3 kali seminggu.
Harga RM110..Tapi kalau uoollss nak jimat mehla amik pek kombo..Hanya RM190 sahaja berbanding harga sebenar RM210..
 

 Kalau nak beli loose pun boleh..Ni price nye..Harga exclude postage..

nak order wasap ahkak 0122542371..Cod Putrajaya, Desa pinggiran Putra,Kg Dato Abu Bakar Baginda,PLPP,Infra,Inspen n area sekitar.

Thursday 26 March 2015

AZANIS SCAR SERUM

Salam adik2..Ahkak ada product baru nak hapdate kat sini..Ahkak baru jinak2 nak juai..Mai ahkak cite lebih details...

Anda ada Masalah PARUT susah nak hilang...?
"Ini dia penawar yang telah membantu hilangkan parut ramai orang di luar sana seperti anda!"

Dengan Azanis Scar Serum hanya disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari sudah cukup untuk menghapuskan parut tegar yang ada pada kulit anda. Kandungan anti oksidan yang tinggi membantu untuk hasilkan sel kulit yang baru dan sihat.

Walaupun 10 tahun kesan parut yang ada pada kulit anda, dapat hilang dengan mudah.


Hanya semudah sapu sahaja pada kesan parut baru atau lama dalam masa kurang dari 1 bulan anda boleh lihat kesan parut akan pudar.


99.9% pengguna berikan 5 ★★★★ pada Azanis Scar Serum selepas lihat kesan parut tegar hilang macam tak pernah ada parut.

Diluluskan KKM, diyakini halal serta dijamin berkesan.


Siapa yang perlu Azanis Scar Serum?
Lelaki & Wanita yang mempunyai masalah parut pada kulit walaupun kesan parut lebih 10 tahun.

Azanis Scar Serum juga dapat membantu selesaikan masalah Regangan kulit, Warna kulit tidak sekata, Penuaan kulit dan juga masalah kulit kering.

Bila kesan awal boleh dirasai?
Kesan adalah bergantung pada jenis parut. Untuk parut baru boleh di lihat seawal 3 minggu.

1 Botol boleh tahan untuk berapa lama?
1 Botol Azanis Scar Serum boleh bertahan selama 2 bulan.

Adakah Azanis Scar Serum ini halal?
Ya! Kandungan bahan ini 100% dari bahan semulajadi. Bahan utama adalah Tocopheryl Acetate (Vitamin E) dan selamat di gunakan. Anda boleh guna Azanis Scar Serum tanpa ragu-ragu!

Bagaimana cara penggunaannya?
Azanis Scar Serum begitu mudah digunakan. harus disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari. Pada parut baru, Azanis Scar Serum harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka.

Adakah ada had umur bagi pengamalnya?
Ia boleh diambil oleh setiap orang lelaki dan perempuan tanpa had umur.

Bagaimana dengan kesan parut yang sudah lama pula? Adakah ia berkesan?
Azanis Scar Serum diformulasikan untuk membantu membaiki penampilan parut, namun bagi kesan parut yang sudah lama mungkin mengambil masa sedikit dalam 2-4 bulan untuk nampak kesan awal.

Adakah barang dijamin sampai selepas dibayar?
Semestinya! Penghantaran akan dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kami menggunakan perkhidmatan PosLaju.

Barang anda dijamin sampai dalam masa 1-3 hari selepas ia dipos.

Bagaimana jika saya ada sebarang persoalan/ masalah?
Jangan risau, sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau ada sebarang persoalan selepas membeli dari kami, anda boleh hubungi Customer Careline kami di talian berikut : 017-3673630


 
Kesannye boleh dilihat seawal 3 minggu..Tapi kan ramai yang dapat lihat kesannye seawal 5 hari pun..Depend pada berapa kerap korang sapu. Kandungannye 15ml..Tapi sangat jimat..Boleh pakai lama coz pakai ckt je da cukup tuk sekali sapuan becoz dia pekat..Tapi kalo korang banyak sgt parut cepatla habis..kihkih..

Jom tengok testimoni yang berjaya dengan azanis scar serum..Mereka pun da bahagia sebab dapat hasilnye..hahha

Wanita yang lepas bersalin ramai yang ada stretch marks gini..Rajin2 la sapu tuk dapatkan kembali perut anak dara anda..


Kesan parut hidup pun boleh dihilangkan..Sapa yang ada kesan parut czer bersalin boleh hilang kalau anda rajin sapu


Parut lekuk kat muka pun leh hilang..

Tangan pun nampak lebih muda n bebas parut...Azanis Scar serum berupaya merawat uneven skin tone n dry, damaged skin.

                                                  Lopak2 jerawat kat muka juga semakin berkurang

                       Ni paling best..Hilang sume bekas jerawat..xyah ko nak susah2 gi buat laser bagai nyah..

                          Ni kesan xcident..Parut excident hilang hanya dalam tempoh 2 bln lebih sahaja

Bukan wanita je ada strecth marks..Laki pun ada..Wahai kaun Adam meh beli..


Kesan chicken pox n jerawat belakang badan






Bagi sesape yang berminat boleh wasap ahkak 0122542371 tuk order....




Monday 16 March 2015

HOT BALLON FIESTA

12-15 Mac ritu berlangsungnya fiesta belon panas di Putrajaya..Tiap2 tahun mesti ada program ni di sini. Kat Putrajaya ni macam2 event ada tiap2 minggu..So atleast xla borink sangat klu hujung minggu.Bolehla bawa anak2 kuar jenjalan..So kami anak beranak sempat meluangkan masa bergumbira bersama sabtu lepas..Kami gi around kul 5.30ptg..Time tu belon xterbang lagi..just tgh mengisi angin tuk diterbangkan..Nak tunggu isi angin punyala lama..So, kami pun jalan2 la dulu tengok2 apa yg ada.Punya ramai manusia datang tuk beriadah n beristirehat bersama family...Yang berpiknik pun ramai..Siap bawa bekal bentang tikor makan ramai2..

Macam2 permainan tuk kanak2 ada..Tapi ahkak sempat singgah kat sini je n terus melekat...



Seswaila tuk anak2 ahkak main..Bayaran masuk RM20.Mainla sampai pitam..yg adik free...Banyak gakla belon2 angin dia.Xsempat nak ambik gambar kat belon2 lain..Banyak lagi permainan yang ada.Tuk budak2 besar pun ada.Tapi ahkak xgi situ la.

Lepas penat main moh le kta balik ke tempat belon tadi..






Pas tengok belon terbang gi pekena air batu..rasa nyaman sekejap.. Pastu chow pulang ke rumah...


Ni ahad punya cite,,Kisahnye dok umah saje ahad ni..Ni keje si apaknye,,Konon membengkung anak tuk bagi rampingkan perut..kecikkan punggung bagai...Hamboi perli omaknye ke hape..Lantakla korang situ..xkose ahkak nak layan..Banyak keje nak buat..BYE..





BERSAWANG....

Wooiiitt..lama nau x hapdate blog ni.Bersawang2 dah rasenye..Sebenarnye banyak cite nak kongsi tapi tu la bz bebenor lately ni..Ahkak dok keje kat luar jadinye xsempatla nak ngadap2 pc ni..Bila da lama xmengarang ni jadi xtau nak mula cite cmne..huhu

Cite ni lama dah jadi..Dalam bulan 1 ritu.Alkisahnye gini..Ahkak n laki ku ditipu hidup2 uollss tau..Kisahnya begini..Mr Man dok belek2 FB n terjumpa la sorang mamat ni juai kolam kanak2 yang harganye sangatla murah gila babeng..Hangpa bayangkan dia juai kolam tu harga RM90 je berbanding harga pasaran 200 ++..Katanya nak habiskan stok..Mau x blink2 mata Mr Man nak beli..Sebab anak2 kan suka mandi kolam..Kat umah tu kolam biase2 je. Hok ni siap ada gelongsor n air pancut lagi..Best giler kot.Ak mak budak pun suka ape lagi la klu bebudak kan.. Jadinye lepas deal ngan mamat tu dia cakap kena masuk wet be4 9 malam sebab nak pos terus.Stok terhad.Jadi ngan xmenyempat2 takut stok habis balik keje tu terus pi bank in kat mamat tu.So, kami pun tggu jela barang sampai..

Tunggu dok tunggu da 4 hari xsampai2.Patutnya barang mesti da sampai sebab dia kata nak pos hari yang ktorang bank in tu..Pastu dok message2 kat FB pun xreply..Dah pesal lak kan..Tetibe nak jadikan cite 1 hari tu ahkak dok scroll2 kat FB terjumpa post ni...


Sah la kami pun tertipu..Ramai yg dah kena tipu gak..Ni la mamat tu.Xtau la dia guna muka org lain  ke ape.Tapi kat Account bank mmg nama ni yg kuar.Ahkak ngan rasa sakit hati pun gi la maki dia kat message FB...Tapi guna FB Mr Man la..Pastu terus kena blocked..Kong ajo sangat kan..hahhah..Sedey.. Walaupun jumlah RM yang lesap tu xla banyak mana tapi rasa geram lak kat penipu lahanat tu..Bayangkan bape banyak keuntungan dia da buat dengan menipu ramai orang ni..Xhalal duit tu dik..Ahkak xhalal kan wet tu..Ko tunggu jela balasan dari Allah...

Disebabkan kesian kat anak2 kami laki bini gi la gak cari kolam tu kat Nilai..Harga pasaran mmg 200 ke atas..Jadi disebabkan kiciwa ditipu ritu kami beli gakla kolam tu.Harga rm250.Puasla dapat tgk anak2 hepi mandi kolam..


Pesanan :
1)  Jangan beli barang yang harganye murah xmasuk akal kat online..hahah
2)  Tengok sejarah FB penjual tu.Kalau FB tu baru create n ada post pasal barang tu je anda patut berasa was2.

SEKIAN..