Monday 16 May 2016

SENAMAN..

Dap...dip..dup....dap..dip..dup...tu bukan lagu haiza..Tapi tu bunyi degupan jantung ahkak...huhu..Ahkak membilang hari ni ha..Nampaknye rini da 39w2d..Khamis ni kena serah diri..Ya Allah, risaunye hati ku ini...Bukan ape pengalaman di induce adalah xbest..So harap sangat baby dapat kuar sebelum khamis ni..Xpe ada masa lagi...

So, sabtu lepas ahkak pun merajinkan diri membuat ape2 saja yang patut tuk mempercepatkan proses bersalin..Tapi nampaknye xkuar gak baby ni..hahah..Antara yang ahkak buat adalah:-

1) Berjalan itik..Jalan 2,3 tapak ak da mengah..hahah...
 Bagai itik pulang petang...hahha


2) Naik turn tangga..Hari2 da buat sebab memang umah 2tingkat..
 Hati2..Jangan sampai jadi begini...hihi


3) Makan durian..Kata orang durian panas..Boleh bagi baby bergasak2 dalam perut..Tapi makan 2ulas je..takutla kang kesian baby
 Tengok gambar pun da terliur..Belum bau lagi..


4) Cuci toilet sambil bercangkung..Cuci ala kadar je.


 5) Minum air gas..xtaula membantu ke tak..Menaikkan kencing manis aku ada la kot.


6) Beriadah... Petang sabtu ahkak g berjalan2..Bawa budak2 main ahkak lak berjalan2 keliling padang..

 Ni wajah mak buyong pada 39weeks


 
 Mendaki n menurun bukit

Anak2 main kat taman bawah tu..Jauh x ahkak berjalan...

7) Petua ni belum buat lagi...Orang kata minum air selusuh dekat2 nak bersalin..Ahkak da suruh Mr Man tolong buat..Lebih afdal kalau husband yang buat..Sebab kita kan banyak dosa ngan husband..hahha..Nak tau cmne cara nak buat air selusuh?Ni guna cara Ustaz Don.

Para suami adalah orang yang paling afdhal untuk menyediakannya. Hanya ada 5 langkah untuk di baca:

1. Langkah Pertama

Surah Al-Fatihah (1X)


2. Langkah Kedua

Surah Al-Hasyr Ayat 21 hingga 24

Terjemahan Ayat 21:
Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir. 


Terjemahan Ayat 22:
Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Terjemahan Ayat 23:
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.


Terjemahan Ayat 24:
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


3. Langkah Ketiga

Selawat Syifa'

Selawat Syifa

4. Langkah Keempat

Doa Selusuh

Terjemahannya:

" Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


5. Langkah Kelima

Terjemahannya:

"Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.


Para ibu pun boleh baca sendiri DOA MARYAM/DOA SELUSUH ni setiap kali lepas solat

 

Thursday 12 May 2016

LOSYEN XXS SEQY BEAUTY

 Lama ahkak xhapdate pasal produk seqy beauty..Ahkak masih jual produk seqy beauty ye dik non..Kalau nak beli roger2 je ahkak..Seqy beauty melangkah setapak lagi ke hadapan..Ada 2 produk baru yang dikeluarkan...1 Losyen xxs..1 lagi dah ada tapi belum dijual adalah collagen..Meh ahkak nak share pasal Losyen XXS ni..Dengar nama pun da terpikat kan..Sapa xnak dr XXL ke XXS kan..Jadi harusla kena cuba..


Antara fungsi ‪#‎LOSYENXXSSQB‬

🔹Memecah lemak dalam kulit, mengelak selulit aka mengelak selulit jadi lebih teruk, mengurangkan selulit, melembutkan kulit.

🔹Losyen ni tak panas, sebaliknya sejuk berangin. Bahan-bahan dalam losyen membolehkan penyerapan maksima kedalam lapisan kulit terus serang kat lemak-lemak degil. Disebabkan tak panas, maka nak sapu secara konsisten adalah sangat tak menyusahkan dan sesetengah orang kulit sensitif dengan krim panas.
Jadi losyen ini takkan menyebabkan melecur kalau disapu selalu. Jika selalu sapu, cepatlah cair lemaknya. 

🔹Bahan dalam losyen ni juga mampu menganjalkan kulit. Jadi bila lemak dah cair tak perlu takut kulit jadi menggeleber. Sebab cair lemak tu sambil anjalkan kulit tu.

🔹Losyen ini juga mampu memutih kulit.

🔹Juga ada fungsi anti-radang maksudnya mampu memperbaiki kulit kering dan merekah.





KEMPIS KURUS DENGAN SEQYBEAUTY
Lotion Kurus dari SEQYBEAUTY , ‪#‎LOSYENXXSSQB‬

🔹Tidak panas
🔹 membuang selulit
🔹melembapkan dan melembutkan kulit kering
🔹memperbaiki luka terbakar & melecur
anti-radang dan mampu memperbaiki kulit kering dan merekah.

SAPU SAPU LEMAK TIADA 

 HARGA RM45 (SM) RM49 (SS) 

Xsabar ahkak nak pakai dalam pantang nanti..Xpedih, xpanas so sgtla seswai sebab xdela beri kesan kat baby nanti..Kadang kalau pakai kat kulit nanti kta nak pegang n nyusukan baby kulit baby pun leh jadi pijar kan..Dengan losyen ni xlagi...Xsabar nak kurus balik ke size xxs..hahah

Nak beli?????  WASAP AHKAK 0122542371

BILAKAH MASANYA...

Rini genap 39minggu ahkak mengandung..Tanda bersalin memang da ada..Cumenye xbersalin2..hahha..Agaknye baby masih selesa dok dalam perut ibu dia ni...Due date yang doc bagi 21.05.2016..Tapi memandangkan ahkak ada diabetes ngandung kali ni jadi ahkak xdibenarkan overdue..Mau xmau by 19.05.2016 ahkak kena serah diri kat spital tuk di induce supaya dpt bersalin ikut due or sebelum due date...Takut seh...

Kalau ikut pengalaman bersalin 2orang anak sebelum ni ahkak memang jenis bersalin hampir2 ngan due n overdue..huhu..Kadang ada orang 38 minggu da bersalin..Syok la kan..Baby pun xbesar sangat..Ahkak memangla lambat nak bersalin..Dulu bersalin kan si kakak lagi 2 hari nak overdue..Bersalin kan si adik lewat 8hari dari tarikh due.Tu pun dengan paksaan..3x induce xjalan last2 czer gak..So ahkak pernah ada experience kena induce n pengalaman itu sangatla tidak manis..hohoho.. Kena induce pada ahkak okla..Boleh tahan sebab ahkak xberapa sakit..Tu yang 3x induce buka 4cm pun ahkak xsakit..Tapi tu la time tu xde rezeki beranak normal.Hopefully kali ni baby akan kuar sebelum 19.05.2016 supaya ahkak dapat bersalin secara semulajadi n tanpa paksaan.

Jom kita tengok tanda-tanda yang ibu-ibu sume da hampir nak bersalin..

10 Tanda-Tanda Bersalin Yang Perlu Anda Tahu

Tanda-tanda awal (Biasanya 5 hingga 4 minggu sebelum bersalin)

#1 ~ Perut semakin jatuh
Ini petanda bayi sudah engaged! Dah memasuki “jalan” yang betul dan bersedia untuk kelahiran. Kalau tengok kat cermin pun boleh nampak perut kita dah semakin jatuh dan ke bawah. Waktu ini pula kita memang senang rasa sakit di bahagian bawah perut dan ari-ari disebabkan kedudukan bayi dan berat yang ditampung. Jalan pun boleh terkedek-kedek macam peguin.Waktu ini juga ibu-ibu merasakan semakin susah nak kontrol air kecil disebabkan kedudukan bayi yang dah menekan bladder. Tetapi berit baiknya, ibu-ibu lebih banyak ruang bernafas dan kurang dah rasa pedih ulu hati disebabkan kedudukan bayi dah semakin “jauh” dari paru-paru dan hati **perut ahkak jenis tinggi..even sampai masa nak bersalin pun masih dok kat atas.Tapi memang skrang da rase baby kat bawah..Ruang atas perut sedikit kosong n ahkak da boleh tido terlentang sebab da banyak ruang tuk bernafas..Kalau x memang xleh tido terlentang..*

#2 ~ Pembukaan serviks mula berlaku
Tanda hampir bersalin ini jarang disedari secara terang-terangan. Kadang-kadang berlaku Braxton Hicks. Tetapi kebanyakan ibu-ibu tidak menyedari proses pembukaan serviks secara perlahan-lahan ini, terutamanya untuk mereka yang pernah bersalin.**Ni setiap hari berlaku.Sampai pernah tertipu siap gi spital sbb ada contraction yang sekata 2x dalam 10minit..Doc pun tertipu sampai suh ahkak warded..Tapi kalau ikut kata doc suh warded tu seminggula ahkak dok spital xbersalin2..hahha*

#3 ~ Semakin kerap berlaku kekejangan dan sakit belakang
Normal tau keadaan macam ni. Badan kita sedang bersiap sedia nak menghadapi proses kelahiran nanti. Jadi, kalau berlaku situasi begini, cuba bertenang sahaja dan banyakkan berjalan. Pengambilan suplemen magnesium juga boleh membantu mengurangkan kekejangan. **Da berapa malam ahkak asyik kejang kat kaki.Mengerangla sensorang..Laki haku bukan nak bangun tolong..Tido mati. Sakit belakang pun lama da rasa.Perut makin membesar n berat da tentu la sakit belakang kan**

#4 ~ Sendi-sendi lenguh dan rasa “longgar”
Sepanjang kehamilan, hormon relaxin akan bertindak “melonggarkan” sendi-sendi badan kita. Semasa nak masuk labor room pun nanti kita boleh rasanya segala sendi kita longgar dan seolah-olah nak tercabut. Jangan panik tau. Ini adalah proses persedian biasa tubuh badan kita bagi menyediakan pelvis mudah terbuka untuk proses kelahiran.**Ini pun da rasa..Rase sume sendi longgar2 dah..Kadang rasa rini ke aku bersalin..huhu..kicewa lagi sebab masih sihat...hahaha**

#5 ~ Diarrhea atau Cirit-Birit
Kebanyakan otot-otot badan berada dalam keadaan relaks untuk bersedia menghadapi kelahiran. Begitu juga dengan otot rektum. Ini boleh menjurus kepada “loose bowel movement”. Kadang-kadang memang boleh menyakitkan dan memenatkan. Tetapi itu pun perkara biasa dan petanda yang baik. Sentiasa pastikan badan kita hidrat dan minum lebih banyak air supaya tenaga tidak hilang.**Sekarang ni memang lawas habisla..Tiap2 hari membuang padahal ahkak bukan jenis lawas gitu..Semalam kena cirit birit..4x g ber...dok dalam toilet punya lama sebab perut memulas lain macam sangat..Pastu rasa contraction ckt da suspen nak beranak da ke..Sekali masuk petang da xcirit dah..Malam hilang dah sakit2 contraction tu..Memain sungguh..**Kalau ikut pengalaman bersalin si kakak dulu memang ye ahkak cirit birit dr petang..tgh malam tu da bersalin..Kali ni nampaknye bukan begitu...**

#6 ~ Penurunan berat badan
Jangan risau kalau ini terjadi. Normal ye, ibu-ibu boleh kehilangan sedikit berat badan bila semakin hampir saat bersalin. Tetapi baby tetap membesar dan bertambah beratnya dengan sihat.** Ni pun ye jugak...Hari tu berat da berkurang 1kg time g checkup..Rase hampir sangatla nk bersalin sebab pengalaman yg lepas mmg berat berkurang then bersalin...Sekali minggu ni g checkup naik balik jadi berat sebelum ni..hahah..baby xjadi nak kuar la tu..huhu**

#7 ~ Ibu semakin mudah penat
Ya. Dah macam 1st trimester pula. Ini juga merupakan tanda-tanda hampir bersalin. Ibu akan merasa lebih penat dari biasa dan mula rasa nak tidur je. Nak buat kerja rumah dan aktiviti ringan pun dah tak berdaya. Tetapi perlu diingat, ibu-ibu juga perlu banyak bergerak untuk merangsang pembukaan jalan yang baik nanti. Dan juga perlu boost energy untuk push baby out bila tida masanya nanti.**hoi..lama dah penat ni...Tapi bile jumpe orang mesti dorang kata nampak kuat n larat lagi je ko ni..Jalan pun laju lagi..Sebenarnye i control je..Kalau kat umah jalan bersepah..hahah**

Tanda-tanda Bersalin (beberapa jam sebelum bersalin)..**Ni sume memang belum berlaku lagi la kat ahkak..Kalau da berlaku memang xde la i sempat hapdate sume2 ni..**

#8 ~ Lelehan dari vagina
Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

#9 ~ Kontraksi semakin kerap
Kontraksi berlaku semakin kerap, masanya semakin lama, dan semakin sakit. Itu tandanya proses bersalin yang serius sudah bermula. Kontraksi yang sebenar ialah;
  • semakin bertambah bila kita bergerak aktif  atau menukar posisi badan (Braxton Hicks menghilang bila kita menukar posisi badan)
  • kontraksi bermula dari bawah pinggang, bergerak dan menarik bahagian bawah abdomen dan kadang-kadang boleh dirasai sampai ke kaki
  • kesakitan semakin kuat dan semakin kerap mengikut pola masa yang tetap
#10 ~ Air ketuban pecah
Tanda-tanda bersalin yang semakin dan tersangat hampir bila air ketuban pecah TETAPI disertai dengan kontraksi juga yang membuka serviks anda.




So, bagi para ibu yang mengandung boleh la take note tanda2 ni sume k tuk persiapan gi ke hospital..Doakan ahkak dapat bersalin malam ni..hahah...