Sunday 28 December 2014

TABUNG KEMANUSIAAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) dibuka dari 24 Disember 2014 hingga 31 Januari 2015 untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini. Dengan menggunakan SMS, hanya taipkan perkataan BANJIR serta amaun yang anda ingin derma, contohnya BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999. Amaun-amaun yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50. 
Terima kasih kerana menderma! Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan.
 
 

I-CITY

Ni bahagian kedua lak..Lepas balik dari Bukit Cerakah kami pun decide nak gi I-City lak.. Tiap2 tahun ahkak akan gi I-City..Setiap kali keluarga mentua datang mesti singgah I-City punyalah..Maklumla ramai anak2 sedara kecik..Dorang yang request nak gi sini..Almaklumla, banyak mainan..Mak pak standby duit jela..hihihi

Banyak mainan baru yang da ada kat I-City..Setiap kali ahkak gi ada je tambahan permainan..Tapi harga nak main pun boleh tahan..Kalau mainan budak biasanya dia charge RM5 sorang.Ada yang RM10.Kalau anak ramai menangisla nak kuar duit..xkan budak2 tu nak main 1 permainan je kan.Kurang2 2-3 permainan.Kalau nak masuk umah hantu pun RM35, Snowwalk rasenye RM35 xcampur stokin, kasut n glove, Rumah patung lilin RM35,Muzium 3D RM10 or RM15 n banyak lagi tempat n harganya agak mahal..Datang i-city ni kena bawa wet lebih sikit sebab permainan dia sume nampak best.Tapi harga pengsan kalau sume benda nak main..hahha(Nasib anak ahkak kecik lagi xpandai mintak2 nak main sangat..Fuhh..Selamat duit omak ko ni..)

Ni penarik utama I-CITY..Lampu kaler2..
Ni je satu2 permainan yang ahkak main malam tu.Mainan budak2..hihii..Tu pun sebab temankan anak..Harga RM5 sekepala.Budak bawah 90cm kot free

Excited nak bergambar ngan gajah..Tahun lepas xde lagi nih..hihhii..Kakak menangis2 takut kat gajah..

Kuda ku lari gagah berani...Pentas berkuda untuk Sambutan New Year.
Ni pun permainan baru..Namanye FunDrive..Anak sedar sampai 2x naik benda ni..Seronok agaknya dapat bawa kete tanpa perlu lesen..hahah     
Taman bertemakan semut..Mainan sume ala2 semut..cmne tu..hahha


Banyak lagi permainan baru yang ada..Uooolsss boleh gi explore k..


BUKIT CERAKAH @ TAMAN BOTANI NEGARA,SHAH ALAM.


Hai..Cuti hari tu uoollsss gi mana?Ahkak bercuti panjang dari hari khamis sampai la ahad.Krismas jatuh hari khamis jadi ahkak amik cti terus jumaat tu sebab keluarga mentua ahkak datang untuk bercuti di sini.Memang rutin every year setiap kali cuti skolah dorang akan datang umah akak..So hari khamis hari tu kami pun bawala dorang sume melawat Bukit Cerakah @ Bukit Cahaya Seri Alam.Taman ni terletak di Shah Alam.Tiket masuk hanya RM3 sahaja.Lepas tu dia ada rumah 4 musim.Tapi pada ketika ahkak datang ada rumah musim salji je.Harga tiket RM5 je.So, sume sekali RM8 je.Murah kan????


Bila da masuk dalam tu korang boleh pilih nak sewa basikal ke nak jalan kaki ke or nak naik bas.Sewa beskal kalau xsilap RM10 sejam..Perkhidmatan bas pulak adalah free tapi hanya disediakan untuk ke rumah 4 musim sahaja..Kalau korang nak jalan kaki memang pancitla tengah jalan..Kawasan taman ni sangat besau..


 Panjang giler beratur nak naik bus.Kebetulan waktu ahkak gi ni ada lawatan budak2 skolah.Jadi lama nau la nak tunggu sebelum dapat naik bas.

Bus hantar sampai atas.Tapi nak ke rumah empat musim tu kena jalan jauh gak la..Jom layan gambar..Sampai kat rumah tu kena beratur lagi..Bertembung ngan adik2 skolah tadi ..Ramai giler orang.Nasib xberapa baik sebab orang ramai.Jadi agak lama nak tunggu sebelum boleh masuk dalam.

 Sebelum sampai rumah empat musim banyak kali berhenti gak la..


 Sambil menunggu giliran sebelum dapat masuk rumah salji..Bagi adik2 skolah masuk dulu..



 Mahap gambar goyang.Tapi nak masuk gak sebab ni je gambar 1 family yg ada..

Bile masuk bilik tu kemain sejuk..Kaki tangan jadi kejang..Jari pun rasa sakit kekejangan

 Anak meronta2 xmau amik gambar..Ibunye tetap nak pose gak..hahah

Ahkak cakap ni Olaf dari cite frozen kat si kakak..Dia pun beria2 memanggil olaf..

 Ni binaan umah2 musim salji


 Gambar ni xde motif..Just nak tunjuk muka ahkak yang comei je..kihkihhkih..


 Dalam ni xle besar sangat tapi berbaloi la dengan harganya..Tapi korang xyah beria sangat nak bawa sarung tangan konon dapat pegang salji..Mimpila korang..Sebab boleh tengok dari jauh je sebab dia buat penghadang.NO ENTRY k..

Ni lak kat luar umah salji tu..Lega dapat cahaya balik..Kemain sojuk kat dalam tu..
 Ahkak pun muat masuk umah tu..hahah

Lepas kuar dari rumah 4musim tu hujan kemain lebat lagi.Pada awalnye kami bercadang tuk jalan kaki je turun ke bawah sebab nak tengokla tempat2 lain kat situ.Bas xbenti kat tempat2 lain hanya kat rumah 4 musim je.Tapi memandangkan hujan terlalu lebat kami terpaksala naik bus balik n turun ke tempat asal.Then balik..hahah..Xsempat nak tengok apa lagi yang ada kat situ..

Antara Tarikan Pengunjung yang ada di sini ialah

Taman Haiwan
Bawa anak-anak anda ke taman haiwan sebesar 72 hektar ini untuk melihat dan bermain dengan pelbagai jenis ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu dan ayam yang diternak oleh penyelidik taman.
Anda juga boleh melihat spesis burung-burung eksotik yang jarang ditemui.

Taman Empat Musim
Ingin rasai kecantikan dan keseronokan berada di luar negara hanya dengan berada di Shah Alam? Nikmati keindahan musim bunga, kehangatan musim panas, daun-daun kering di musim luruh dan kesejukan musim sejuk semuanya di Taman Empat Musim di TBSA.
 
Taman Rempah
Lihat dan pelajari mengenai pohon-pohon herba, pokok-pokok renek yang digunakan dalam perubatan dan tumbuhan minuman yang ditanam di atas tanah seluas 16 hektar.

Taman Kaktus
Terdapat lebih 3000 kaktus tumbuh-tumbuhan di taman ini, termasuk Saguaro gergasi yang biasanya ditemui di Mexico.

Taman Buah Tropika
Taman Buah Tropika seluas 36 hektar ini mengandungi pokok buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, manggis dan cempedak. Anda boleh melawat rumah kelapa — sebuah rumah yang dibina dari bahagian-bahagian pokok itu dan melihat produk-produk lain berasaskan kelapa yang juga dipamerkan di dalam rumah tersebut.

 Sape2 nak bawa anak2 jalan kat sini memang berbaloi..Dengan harga yang murah n banyak aktiviti yang boleh dibuat memang ahkak suggest sangat.Tapi janganla gi musim cuti perayaan..Sangatla ramai..

Tuesday 23 December 2014

SEMPUT LAGI...

Sekarang ni cuaca xmenentu..Kejap ujan kejap panas...Ada sesetengah negeri cam Kelantan,Pahang,perak n etc hujan turun xbenti2 sampai banjir..Takziah pada semua mangsa2 banjir..Disebabkan cuaca yang xmenentu gini maka ramaila yang xsihat..Xterkecuali la anak ahkak.Si adik baru je lagi dia demam,batuk n selsema..Ni, batuk n selsema balik..Bila batuk n selsema selalunya dia akan jadi susah bernafas..Kita akan dengar nafas dia berbunyi sikit n tengok cam payah je nak bernafas.Semalam teacher Asma message kata dia cam payah nak bernafas.Pastu batuk teruk n kerap merengek.So,balik keje tu terus ahkak bawa dia gi Klinik An-Nur kat Presint 15 Putrajaya.Sampai sana doc bagi dia gas(nab).Sebabnye memang nafas dia xlancar.Asma sebenarnya kerap juga amik nab.Paling teruk dulu sampai pernah gi emergency Hospital Putrajaya sebab susah bernafas.Sampai 2x amik nab n dibekalkan dengan oksigen tuk bantu dia bernafas..Nyaris nak kena masuk wad time tu.Tapi setelah doc xray n bagi nab kali kedua paru2 dia da clear..

 Mr Man masuk ngan adik.Ahkak dok luar jaga si kakak..Selalunya ahkak suh Mr Man masuk sebab kalau amik nab Asma xmau dok diam..Dia akan meronta2 n menangis sekuatnya..I x gagah perkasa nak pegang dia..huhuu

 Ni kejenye.Xmau dok diam..Habis dia angkut sume kerusi n siap panjat depan kaunter ubat sebab nak capai gula2 ribena yang diletak kat situ..Hari itu saja 3paket gula2 ribena dapat kat dia..Last2 ahkak sorok kotak gula2 tu kat belah dalam kaunter supaya dia xnampak..hahha..suka ati je kan..Bukan takat dia yg xnampak budak lain pun xnampak n xleh beli..rugi klinik tu...hihihi..

 Ni wajah Asma pas amik nab..Kusut masai berpeluh2 macam baru bertarung.Hahaha..Teruk nau hang ni adik...Pastu kena la tunggu kejap sebelum dipanggil balik tuk masuk bilik doc tuk cek balik pernafasan dia.

 Si kakak xhabis lagi ngan kerusi dia.Tadi kaler pink ni kaler biru lak..Pokok kelapa atas kepala da la tinggi nau..huhuuh..Cikgu taska dia rajin betul ikat rambut dia..Kadang2 sampai 3tingkat..kreatif kemain sampai 3lapis..Kalau ngan ibu dia biar lepas macam hantu k.limah je rambut tu..hahah..Dasar pemalas..

Alhamdulillah, adik da ok..So kembali aktif n join the club...


Monday 22 December 2014

CERAGEM...

Sapa penah dengar perkataan ceragem???Ia bukan sejenis makanan walaupun bunyinye macam jem..hahah..Ceragem ni nama company from Korea yang mengeluarkan produk2 berupa produk kesihatan.Bukan makanan ye tapi lebih kepada alat kesihatan seperti tilam urut n etc...Ahkak kenal produk ceragem ni pun dari ayah ahkak.Dulu ahkak ingat lagi my father selalu pagi2 lepas subuh dah kuar umah tuk gi ke pusat ceragem ni untuk berurut.Diaorang bagi peluang pada sesape sahaja nak nak datang berurut tanpa bayaran..Ye..FREE..Tapi mmg ramai giler la orang beratur tunggu turn.Tu pasal la ayah ahkak pagi2 buta da kuar nak ambik no giliran..hihii.

 Ni la rupa bentuk katil urutnye..

 Kita baring je atas katil ni.Then nanti akan ada bebola2 dari dalam katil ni urut badan kita.Sampai kepala dia urut tau..
 
.Mengikut kata pegawai Ceragem, ramai pesakit seperti kanser n macam2 jenis pesakit boleh sembuh jika konsisten menggunakan produk ni.Sebab Ceragem Master M3500 ni mengeluarkan haba yang mampu mematikan sel2 kanser n etc..Selepas banyak kali gi berurut ayah ahkak rasa cam ada perubahan..Badan rasa ringan,segar dan cergas..Disebabkan trust ngan produk ni ayah ahkak pun beli la 1.Itula tujuan pihak Ceragem pun.Diorang bagi pengguna try dulu berurut n then sape nak beli boleh beli terus..Pandai kan dorang buat marketing..

Hahahha..Da buruk dah..kain da xtegang..Waktu ni ahkak baru je selesai berurut..Ni la set yang ayah ahkak amik waktu beli ritu.Beli katil n 3 aksesori lain.Harganya RM10,000 ++.Tu pun selepas dapat diskaun.Sebelum nak baring kita panaskan dulu katil ni dalam 20minit.Buka plug je.Ia menggunakan letrik.Kita boleh laraskan kepanasan ikut kesukaan kita guna remote control tu.

Ni namanye warmpad.Bila kita da baring letak atas perut secara melintang..Sangat berat benda nih k..Nampak x yang bulat2 tu..Dia akan kuarkan haba.Rasa cam dalam sauna je.Bila da baring tu bolehla diselimutkan kaki sampai perut tuk bagi lebih cepat berpeluh..Ahkak yang jarang peluh pun berpeluh2 dibuatnye.

Epoxy Carbon Panel
  • In addition to the far-infrared rays generated by the rolling jades, the Company has developed the Epoxy Carbon Panel that is built into the main body and the supplementary mat, maximizing the effect of far infrared rays on the back line and the lower body (ahkak search je).. 
    Bila dia panaskan rolling jades tu dia pun kuar lampu warna warni cam ICT..Sambil berurut boleh letak dekat dada (untuk cegah kanser payudara,area jantung(cegah sakit jantung,pecahkan lemak),bawah perut(pecahkan lemak.Sangat sesuai bagi wanita bersalin sebagai kaedah bertungku).

    Amaran :jangan guna waktu tido n letak bebola ni kat satu2 tempat dalam 2-3 minit then alih ke bahagian lain..Sebelum ni xtau pun ada amaran yang ditulis kat belakang bebola ni.Sebabnye benda ni dah terjadi pada Mr Man..Nak tergelak pun ada tapi sian gak..hahha.Kisahnye gini...Tengah2 berurut tu dia tertido.Memang sedap kot berurut boleh sampai tertido.Dia pun letak bebola ni kat dada dia xubah2 posisi..Tengok2 kulit dada dia sampai melecur..hihih.. Tu je..


    Ni aksesori ketiga.Nama yang ahkak bagi adalah kerusi hikmat..mihmihh..Ada lampu I-CITY gak..Kita duduk je atas tu.Mampu merawat buasir,masalah wanita,pecah lemak n macam2 lagi.

    Sekian sahaja..Sape2 berminat bolehla beli 1.Banyak manfaatnye.Kalau buat hari2 badan leh kurus.Cam ayah ahkak pun sebelum ni kolestrol dia banyak tp lepas checkup ngan doc da kurang.Maybe sebab panas haba ceragem ni telah pecahkan lemak n kolestrol dia.Lepas ni kalau ahkak bersalin xyah dah nak susah2 bertungku tradisional.Boleh pakai bebola jade tu je..Xsabar nak berpantang lagi..hahha (idak ler nak baby lagi buat masa ni..)





Sunday 21 December 2014

PETS @ BINATANG PELIHARAAN..

Sape ada pets??Ahkak rasa ramai yang ada kan..Selalunya orang mesti bela kucing,arnab,hamster,ikan.. Kalau canggih sikit bela sugar glider ke kan..Adik laki ahkak pun suke membela binatang ni..Dia ada kucing parsi namenye Kenzo..Muka leper n lebar tapi comei sebab bulu banyak n kecik coml je...Selain tu jugak adik ahkak penah bela hamster,arnab n bla2..xingt ape lagi dia bela..Tapi sekarang ni yang dia masih bela tinggal 2 haiwan je..Iaitu Ballphyton n crocodile skink..Ha, mesti berkerut2 dahi korang pikir menatang apekah ini???kalau ahkak cite pun korang xdapat gambarkan..Meh ahkak cite satu2 tentang pets ni..

1. Ball phython
Ape menatang ball ni??bola ape yang boleh di bela...hahaha..Ni nama saintifik bagi ular sebenarnye..Ular ni lebih kurang cam ular sawa tapi saiznye xla terlalu besar.Paling panjang pun ular ni boleh membesar setakat 180cm je n lepas tu berhenti n boleh menurun..Dia boleh hidup sekitar 20tahun malah sampai 35tahun pun ada.Membela ballphython ni xla rumit.Just letak dalam container yang mempunyai ruang udara yang baik n saiz kandang bersesuaian dengan size ular tersebut..N sediakan air n maybe boleh letak tempat bersembunyi/hiding box sekali.Dari segi pemakanan lak senang gak.Dia makan seminggu sekali je n makanan dia adalah tikus putih yang comei tu..Bukan tikus2 hitam kat tong sampah tu eh..kalau ular ko makan tikus hitam tu mati keracunan lak kang..Tikus tu kecik2 je..Sekali makan 3-4ekor tengok pada size tikus.Harga selalu RM10 dapat 3ekor..So korang kalau nak bela sediakanla RM10 seminggu tuk bagi dia makan.Selain daripada itu, kat Malaysia kalau ko nak bela binatang2 pupus gini kena ada lesen tau..RM5 je setahun n ular tu xblh sesuka hati dipindah milik.Sebab dalam lesen nama korang kan.

 Cantik kan ular ni..Ular ni bukan dari Malaysia..Yang dari malaysia tu ular sawa.Ko xmau belanye..silap2 makan tuan..hahah..Ular ni xmematuk ye..Menggigit je.So far xpenahla lagi adik ahkak kena gigit..


 Ular ni dia xla berani sangat ngan manusia.Bile kuar dari kandang selalu dia akan lari..Bukan gi kejor nak makan ko...hahha

Kadang2 adik ahkak akan bagi dia mandi..nak mangi kena la mandi..Sabun2 ckt..hahha

Ni la tikus2 comei yang jadi makanan ular tu..Sian tengok..Terkencing2 takut ngan ular..Nak buat cmne..Habitat makanan..

 Ni muka ahkak ala2 berani pegang ular..Time muka ahkak xtakut gambar xjadi n blur lak..penat tau i senyum Mr Man ni..

 Muka scary...

Takut wei..ular lembik..menjerit2 ahkak pegang..lidah ular tu pun da kena kat ahkak..Sebab nak ambik gambar punya pasal ahkak rela u...

Tutup muka malu ahkak..Budak ni slumber je peluk2 lagi ngan ular..i salutee u adik...(gambar hiasan)

2. Crocodile skink..
Ha,takutkan bela buaya tu..Adik ahkak memang suka bela binatang2 pelik ni..Crocodile skink ni.Makanan dia adalah mealworm(cacing kecik2)..Kulit dia keras ala2 buaya gak..Dok dalam sangkar yang ada pengudaraan yang baik juga..

 Adik ahkak bela 2 ekor..Tengah mengawan ke ni??..hahahah..

Ni sangkarnye..Tu nampak x cacing kecik2 tu..geli.....