Monday 8 December 2014

PERANCANG KELUARGA...



Baru lepas habis cite pengalaman bersalin harusla cite pasal kaedah perancang keluarga lak …Itu standart la kan..huhuu. Memandangkan si adik dilahirkan secara czer memang harusla ahkak menjarakkan kehamilan.Lagipun xnak la pisang berbuah 2x..Dulu waktu kakak umo 4bulan ahkak da ngandung balik..I is takut la..huhu.Tapi takut2 pun sebenarnye setahun gak la ahkak merancang sendiri tanpa gunakan apa2 alat pencegah kehamilan..Natural la konon..Tapi tiap2 bulan gusar cam cacing kepanasan menunggu Ms. P..Takut tau..Luka czer pun xbaik2 lagi kang terngandung balik kang..Jadinye tetibe selepas setahun baru keinsapan mari..hihhi..

Ahkak pun mencari-cari la kaedah perancang yang terbaik..Kaedah perancang ni banyak..Ada secara implant, cucuk every 3months,kaedah IUD n paling popular pil perancang la..(ni jela yg ahkak tau..Yg lain korang gi tanya doktor sendirik..heee). Selepas mengkaji selama beberapa bulan(lama nau) ahkak pun jumpe kaedah perancang yang sesuai n xmenyakitkan ahkak..Kalau sakit xrela la i..Ahkak decide nak makan pil je.Sebab kaedah lain cam banyak gak kesan buruknye.Tapi pil pun ada buruknya..Cuma ni je yg ahkak rasa better tuk masa ni..

So, selepas buat kajian mendalam, ahkak decide nak guna pil Yasmin je..Selain untuk merancang dengar kata pil Yasmin baik untuk kulit dan tidak menggemukkan..Jadi ahkak pun try la pil ni..

Pil Yasmin....keluaran BAYER …
21 tablet...warna kuning kecik-kecik, harga ahkak beli RM42.

1 tablet contains
Drospirenone 3.000mg
Ethinylestradiol 0.030mg
Store beloc 30C

Terdapat banyak kebaikan pil perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Pil selalunya membawa persepsi yang buruk kerana ia dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido ( kurang nafsu) dan sebagainya. Walaubagaimanapun kesan sampingan sangat jarang berlaku sekarang disebabkan oleh dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dahulu.

Pil bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan, ia juga boleh:
  • Mengurangkan sakit segugut
  • Merawat jerawat dan kulit berminyak
  • Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Membantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Mengurangkan ovarian cyst
  • Mengurangkan risiko barah ovari
  • Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Boleh mengawal kedatangan haid
Jenis berkombinasi tetapi tidak mengandungi hormon progestin seperti Yasmin pula lebih terkini di pasaran. Ketiadaan hormon progestin juga bermakna ia tidak menyebabkan penahanan air di dalam badan dan penambahan berat badan serta masalah kulit berminyak atau berjerawat (Ni yang bestnye..hihhi)



So, lepas makan pil Yasmin dalam 3 hari pertama ahkak pening2 n loya. Tapi after that ok dah n paling best memang ahkak rasa ada sedikit perubahan pada kulit..Selalu bile Ms. P nak mai kuarla 2,3 butir jerawat batu yang menjengkelkan...Tapi sekarang xla kuar sangat.Muka pun rasa kurang minyak (itu sebab pakai BB CREAM BY SEQY BEAUTY skal)i..Nak beli PM ahkak.Sempat lagi promote..Ti la, next entry ahkak share lagi testimoni BB CREAM BY SEQY BEAUTY tu..



No comments :

Post a Comment