Wednesday 16 January 2019

SAMBUNG LAGI CUTI KE CAMERON HIGHLANDS

Pagi ahad tu kami xbreakfast pun. Just makan roti dulu dalam bilik. Dalam kul 11.30 pagi siap2  nak lunch n check out terus. Sebelum tu singgah makan kat Ipoh jugak then terus naik ke Cameron ikut Simpang Pulai.

Banyak gambar kakak dalam HP ibu..huhu..Anak dara dah pandai selfie..

Husband saja kata jomla naik Cameron Highlands. Balik hari je pun. So far time naik tu jalan ok je. Kete memang banyak. Maklumla cuti sekolah lagi. Tapi sampai 1 part kereta xbergerak2 n slow. Jadi sebab bosan kete jalan slow je ktorang berenti la kat Butterfly Farm. Rasenya butterfly farm ada beberapa jugak kat atas ni. Sebelum ni hakak pernah pegi jugak tapi lain sikit dari yang ni. Tiket RM7 untuk dewasa. Kanak2 RM4 xsilap.

Dalam ni bukan sekadar rama2 je. Pokok kaktus ada, haiwan lain pun ada. Arnab, ayam, itik, ular, serangga2 kecil dan lain2. Haiwan yang xpernah tengok pun ada jugak.

Korang nampak x bertapa si kecik ni geli betul ngan rama2..hahaha



 Ada jual aiskrim strawberri jugak. Sedap. Bukan pewarna.Tapi dia blender strawberi tu sekali serat2 dia ada.

Lepas da habis melawat butterfly farm kami naik lagi ke atas. Nak singgah tempat wajib kalau ke Cameron Highlands. Pasar dia ler. Mestila wajib membeli strawberi sume tu kan. Tapi xdela membeli macam2 sangat. Banyak dah tempat baru dia buka area pasar ni. Yang ktorang masuk ni sekadar hiasan2 cantik berasaskan kartun. Masuk RM1 shja sorang. Masuk sebab nak ambik gambar je. Sebab very colourful n nampak menarik.

 Sebijik macam selimut anak hakak kat umah..hihi. Selimut frozen pun ada. Macam2 selimut kartun dia ada gantung.

Menarik kan kalernye






Dah puas jalan kat pasar dan taman menarik ni tekak rasa dahaga pulak. Wajib singgah minum teh dulu la kan. Wajib hokey kalau sampai sini. Kena minum..

 Nyaman betul tengok hijau2 ni

 Me : Hazelnut tea , Husband :Chocolate tea . Wafel with vanila ice cream for  kiddos

 Strawberi celup coklat yang dibeli kat pasar tadi. Petang2 ni lapar pulak. So, kita order spaghetti. Budak2 kemain suke. Licin.

Licin. Lapar sangat ni. Padahal portion spaghetti ni sangat banyak. Bagusla xmembazir.

 Dah kenyang kita turun ladang teh pulak. Dulu masuk free sekarang kena bayar RM2 seorang


Penat melawat ladang teh kita nak turun dah. Balik ikut Tapah. Lalu area sini nampak banyak pulak kereta berenti ambik gambar. Jadi kita turunla sekali. Hakak bukan takat amik gambar. Muntah sekali kat situ. Hakak ni kalau minum teh memang angin. Dengan sebelum makan tadi pun perut da masuk angin. Jalan pulak konar sana konar sini memang terkeluarla isi perut ni.

 Anak dara sulung amikkan gambar.



Ok, tu je. Sampai rumah malam. Esoknya hari Isnin dapatla rehat 1 hari sebab cuti sempena New Year. Kalau x rasa nak ponteng keje je..hihi

SAMBUNGAN: MAPS PART 2

Bersambung dari entry yang lepas. Dalam smurf world ni ada mainan dan rumah smurf.








Lepas tu pusing2 je tengok apa lagi yang ada kat dalam MAPS ni. So far untuk mainan dewasa hakak xpergi la. Sebab kalau mak pak dia main anak sapa pulak nak tengok kan..hihi



Ini masuk dalam panggung Boboiboy pulak. Mula2 sampai beratur nak masuk sini sebab tayangan dia ada waktu tu.Sekali penuh. Jadi beratur kali kedua pukul 8.30 malam kot untuk masuk. Last show la kirenye. Dapat jugak masuk. Dalam ni xboleh amik gambar jugak. Tapi kan, bosan kat dalam ni..Nak habiskan 3 section kat dalam ni rasa cukup lama..hahahha

Last sekali baru masuk Coral Kingdom ni. Dalam ni ada indoor playground n slide. Time main ni da pukul 9.30 malam camtu dah. Anak2 da puas main roller coaster n semua mainan yang ada utk kanak-kanak. Siap 2,3 round main. Maklumla bilangan pengunjung boleh dikira dengan jari je time ni. Berbaloi la hakak bayar RM35 je. Kalau kat Fun Far main banyak kali gitu mau lebih RM50 sorang.







Nampak x lengang cam kami je ada kat sini..hahah.. Time ni dah nak keluar.

So far, okla MAPS ni. Mungkin sekali ni je masuk. Kalau next time ada penambahan mainan or taman baru maybe boleh pegi lagi.

Percutian ni xhabis lagi. Bersambung ke next entry ok.

MAPS

Bila ko dah start up 1 cite ko jadi ketagih nak up lagi dan lagik..haha. Ok, ni pun cite hujung tahun 2018. Lepas dari hari orientasi anak hakak tu, esoknya hari sabtu kami sekeluarga ke Ipoh untuk jalan2 di MAPS. Gerak dari rumah dalam 11.40 pagi camtu. Tapi boleh tahan jugak kete banyak. Sampai Ipoh dalam pukul 2.30 tengahari. Nak check in pihak hotel xbagi pulak sebab belum pukul 3ptg. So, park kat hotel jalan kaki makan kat  MYDIN, belakang hotel ni je.  Kami menginap di  Valya Hotel. Nak cari hotel di hujung2 cuti sekolah ni dengan bersambung cuti tahun baru pulak sangatlah susah. Husband book online malam jumaat semalamnya dan ini adalah last unit yang tinggal. Hotel ni terletak kat pekan Ipoh dan tersangatlah dekat ngan MAPS. Pas makan baru check in hotel..


Lepas masuk bilik duduk2 kejap. Solat Jamak sume then pukul 4.30 petang keluar balik untuk ke MAPS. Untuk pengetahuan uols, hakak amik pakej masuk MAPS yang start pukul 5 sampai pukul 10malam. Harga tiketnye lebih murah iaitu RM35 shja seorang. Memandangkan ada dengar kawan2 yang dah pergi dari pagi dan bayar tiket yang lebih mahal kata xberapa best,bosan,ramai orang dan panas jadi hakak decide amik tiket petang sahaja. Jom kita tengok dulu gambar2 yang ada baru hakak cite pengalaman kat sana..hahah

 Lama xselfie..bagi can la..hahha

Us...

Dalam MAPS ni besar. Ada 6 zone. Yang ni hakak masuk fantasy forest zone. Dalam ni sesuai untuk anak-anak kecik cam anak i la..hihi.. Dalam dia ada permainan ala-ala funfair. Yang bestnya bila pergi petang sampai malam, cuaca xpanas. Orang pun da mulai kurang. Dan paling best anak hakak xperlu beratur panjang untuk main. Pas habis main main lagi sebab xbpe ada orang dah malam2. Jadi semua mainan kanak2 ni dorang merasala main 2,3 kali.








Banyak juga mainannya tapi xsempat snap picture.


Kat sini boleh mandi. Tapi xbawa baju lebih jadi xdela budak2 tu mandi. Tengok jela.

Kami pusing2 xlama kat tempat mainan anak2 ni sebab ada tayangan kat live action zone. Bila korang amik tiket petang camni, korang kena alert ngan masa. Cam setiap persembahan dan tayangan ada masanya.Bila masuk pukul 5 live action ni tinggal 1 sesi lagi. Jadi jangan terlepas.

Duduk ala2 daalam stadium

Camnila persembahan live action ni. Best jugak sebab pestime tengok persembahan ala2 gini

Bila persembahan da hampir tamat kami cepat2 keluar dulu sebab nak beratur tengok tayangan Boboiboy pulak. Sebab itu pun yang terakhir. Lepas waktu tu dah xde.. Jadi kena cepat bergerak. Alhamdulillah sempat. Persembahan dan tayangan ni biasenya ada had orang. Kalau dah penuh korang kena beratur pada next show pulak. Tapi masanya bukan seminit dua tapi berjam2. Jadi yang masuk pukul 5 uols better rushing..hahah


Setiap orang akan dibekalkan dengan cermin mata 4D . Umur minimun untuk masuk sini sebenarnya adalah 4 tahun. Jadi kami terpaksa menipu si kecik tu 4 tahun..huhu.. Nasib lepas. Dalam ni xdibenarkan amik gambar ketika tayangan. Setiap orang akan duduk 1 kerusi dan xboleh share sebab kerusi ni akan bergoyang2 ikut pada cerita Boboiboy yang ditayangkan. Ko akan rasa kena air hujan, kena karan, kerusi ko kena tumbuk2. So far menghiburkan. Jadi  hakak bagi 5 bintang😃

Lepas habis tayangan kami jalan2 sampai belakang. Banyak restoran dalam MAPS NI. Makanan luar xdibenarkan ye. Tapi kami dah makan sebelum masuk sini so xde nak singgah makan2 lagi. Beli air je.

Ni bukan gambar hakak.. amik dari blog orang lain. Nak tunjuk yang macam kapal terbang tu restoran. Tapi i xmasuk pun sebab restoran yang ada di dalam MAPS ni tutup pukul 7malam.Hakak ni rushing nak kejar semua tempat so xsempat snap gambar yang xpenting..hahah

Ke area smurf pulak. Tapi xsempat tengok show sebab masa dia bertindih dengan tayangan boboiboy tadi. Dapat amik gambar ngan smurf jadi ler..hihi

Ok, bersambung ke next entry sebab banyak sangat gambar dah..hahah....