Wednesday 16 January 2019

MAPS

Bila ko dah start up 1 cite ko jadi ketagih nak up lagi dan lagik..haha. Ok, ni pun cite hujung tahun 2018. Lepas dari hari orientasi anak hakak tu, esoknya hari sabtu kami sekeluarga ke Ipoh untuk jalan2 di MAPS. Gerak dari rumah dalam 11.40 pagi camtu. Tapi boleh tahan jugak kete banyak. Sampai Ipoh dalam pukul 2.30 tengahari. Nak check in pihak hotel xbagi pulak sebab belum pukul 3ptg. So, park kat hotel jalan kaki makan kat  MYDIN, belakang hotel ni je.  Kami menginap di  Valya Hotel. Nak cari hotel di hujung2 cuti sekolah ni dengan bersambung cuti tahun baru pulak sangatlah susah. Husband book online malam jumaat semalamnya dan ini adalah last unit yang tinggal. Hotel ni terletak kat pekan Ipoh dan tersangatlah dekat ngan MAPS. Pas makan baru check in hotel..


Lepas masuk bilik duduk2 kejap. Solat Jamak sume then pukul 4.30 petang keluar balik untuk ke MAPS. Untuk pengetahuan uols, hakak amik pakej masuk MAPS yang start pukul 5 sampai pukul 10malam. Harga tiketnye lebih murah iaitu RM35 shja seorang. Memandangkan ada dengar kawan2 yang dah pergi dari pagi dan bayar tiket yang lebih mahal kata xberapa best,bosan,ramai orang dan panas jadi hakak decide amik tiket petang sahaja. Jom kita tengok dulu gambar2 yang ada baru hakak cite pengalaman kat sana..hahah

 Lama xselfie..bagi can la..hahha

Us...

Dalam MAPS ni besar. Ada 6 zone. Yang ni hakak masuk fantasy forest zone. Dalam ni sesuai untuk anak-anak kecik cam anak i la..hihi.. Dalam dia ada permainan ala-ala funfair. Yang bestnya bila pergi petang sampai malam, cuaca xpanas. Orang pun da mulai kurang. Dan paling best anak hakak xperlu beratur panjang untuk main. Pas habis main main lagi sebab xbpe ada orang dah malam2. Jadi semua mainan kanak2 ni dorang merasala main 2,3 kali.








Banyak juga mainannya tapi xsempat snap picture.


Kat sini boleh mandi. Tapi xbawa baju lebih jadi xdela budak2 tu mandi. Tengok jela.

Kami pusing2 xlama kat tempat mainan anak2 ni sebab ada tayangan kat live action zone. Bila korang amik tiket petang camni, korang kena alert ngan masa. Cam setiap persembahan dan tayangan ada masanya.Bila masuk pukul 5 live action ni tinggal 1 sesi lagi. Jadi jangan terlepas.

Duduk ala2 daalam stadium

Camnila persembahan live action ni. Best jugak sebab pestime tengok persembahan ala2 gini

Bila persembahan da hampir tamat kami cepat2 keluar dulu sebab nak beratur tengok tayangan Boboiboy pulak. Sebab itu pun yang terakhir. Lepas waktu tu dah xde.. Jadi kena cepat bergerak. Alhamdulillah sempat. Persembahan dan tayangan ni biasenya ada had orang. Kalau dah penuh korang kena beratur pada next show pulak. Tapi masanya bukan seminit dua tapi berjam2. Jadi yang masuk pukul 5 uols better rushing..hahah


Setiap orang akan dibekalkan dengan cermin mata 4D . Umur minimun untuk masuk sini sebenarnya adalah 4 tahun. Jadi kami terpaksa menipu si kecik tu 4 tahun..huhu.. Nasib lepas. Dalam ni xdibenarkan amik gambar ketika tayangan. Setiap orang akan duduk 1 kerusi dan xboleh share sebab kerusi ni akan bergoyang2 ikut pada cerita Boboiboy yang ditayangkan. Ko akan rasa kena air hujan, kena karan, kerusi ko kena tumbuk2. So far menghiburkan. Jadi  hakak bagi 5 bintang😃

Lepas habis tayangan kami jalan2 sampai belakang. Banyak restoran dalam MAPS NI. Makanan luar xdibenarkan ye. Tapi kami dah makan sebelum masuk sini so xde nak singgah makan2 lagi. Beli air je.

Ni bukan gambar hakak.. amik dari blog orang lain. Nak tunjuk yang macam kapal terbang tu restoran. Tapi i xmasuk pun sebab restoran yang ada di dalam MAPS ni tutup pukul 7malam.Hakak ni rushing nak kejar semua tempat so xsempat snap gambar yang xpenting..hahah

Ke area smurf pulak. Tapi xsempat tengok show sebab masa dia bertindih dengan tayangan boboiboy tadi. Dapat amik gambar ngan smurf jadi ler..hihi

Ok, bersambung ke next entry sebab banyak sangat gambar dah..hahah....












No comments :

Post a Comment