Sunday 17 February 2019

WONDERFOOD MUSEUM, PENANG

 Ni masih cerita ketika di kampung..Cuti kan panjang jadinya sampai ke Penang hakak berjalan. Sungai Petani ngan Penang xla jauh sebenarnya. Xsampai sejam pun. Kami nak ke Penang naik feri. Punya hazab lama giler dekat sejam tunggu feri. Kereta xla banyak sangat. Cuma feri lambat. Gigihla jugak tunggu sebab nak bagi anak-anak seronok. Padahal dah selalu naik feri ke Penang..hihi.

Kononnya nak ke Penang sebab nak pegi Bukit Bendera. Tapi sampai Penang pun da dekat kul 2. Pastu singgah lunch di Padang Kota. Alih2 dah kul 3 petang. Malas pulak nak ke Bukit Bendera dah. Jadi kami pun pusing2 je kat Pekan Penang nampakla ada muzium makanan ni. Maka dari xtau nak jalan mana kami pun masuk.

 Harga tiket dewasa RM15. Kanak-kanak RM10. Ni pintu masuknya

 Depan pintu masuk ada cendol sebesar alam..Menyelerakan..hihi

 Telur mata kobau cair..Kalau makan ngan nasi hakak suke cair2 cenggini. Tapi telur separuh masak i xmakan..huhu

 Malaysia ni kaya dengan makanan. Sume ada. 

 Ni sebenarnye dia tunjuk gambar makanan peranakan baba nyonya xsilap hakak. Xnampak pulak gambarnye..

Ni pula makanan kaum India. Nampak x chapati thosai sume ada situ.Atas dinding je dia tampal. Makanan tu sume nampak real tau.

 Ni menu nasi kandaq.. Terliur wei..

Nampak real kan...

 Ni malay food. Macam menu hari raya. Ketupat, lemang, rendang, kuih muih sume ada.

Sedapnye...

 Chinese food.



 Rojak buah

 Mee kari 10orang makan pun xhabis..

 Satay

 Berat giler replika satay ni. Anak hakak yang kecik tu sampai xlarat angkat..

 Ala2 meniaga tepi jalan gitu.

 1 roti canai kongsi anak beranak..Kenyang...hihi

 Kedai runcit ala2 zaman dulu..

 Ni paling terliur....

 Roti sosej

 Sapa makan cili dia rasa pedas. Sapa rasa pedas kata aku main cakap lepas. Amboi..amboi..amboi... Ewah..hahah




Rajin anak dara hakak.. Nanti semoga rajin2 tolong ibu kat dapur..hahah

 Teh tarik tinggi punya. Kompom sedap..

 Love this picture. 

 Pelbagai jenis manisan. Budak2 kompom suke ni.


Teh o ais ikat tepi

Dah habis melawat muzium ingatkan nak ke Pantai nak bermandi manda.Sekali jalan jem sangat. Mungkin sume nak ke situ.Anak2 pun dah tertido kepenatan dalam kereta..Jadi kami patah balik dan balik ke Sungai Petani. Kali ni xmau naik feri dah. Serik berjam2.Balik ikut highway je. Cepat je sampai.

Thursday 14 February 2019

Taman MBI Desaku Cactus Garden

Cuti raya cina hari tu sapa balik kampung? Angkat tangan..hihi. Hakak ofkosla balik kan. Cuti panjang.  Hakak cuti awal sempena hari wilayah Jumaat tu. Jadi lagi panjang cutinya.Apply cuti tambahan hari isnin. Jadi dapatla balik kampung sampai hari rabu. Macam biasala hakak balik Kedah kampung husband.

Masa kat kampung kami pun menghabiskan masa berjalan2. Selain daripada pergi shopping complex yang memang banyak kat Sungai Petani tu, kami ke Taman MBI Desaku Cactus Garden di Kulim. Konsep tempat ni ala2 i-city. Ada lampu2 yang cantik. Ofkos malam la kan kena pergi baru nampak lampu warna warni tu. Tapi rasanya tempat ni xlama lagi nak jadi ala2 i-city jugak sebab ada banyak restoran, pastu ada cowboy town, museum, rumah yang dibuat homestay ala2 rumah tumpangan pun ada. Cuma xtau bile akan dibuka sepenuhnya. Kawasan ni terletak kat area taman perumahan. Ada rumah2 yang dah siap dan ada yang masih dalam pembinaan. Cantik rumah2 nya. Sapa yang dok kulim boleh pi tengok n beli umah kat sana sebab xlama lagi naikla tempat tu bila taman ni dibuka sepenuhnya. Jom layan jela gambar yang ada.


 Dinosour ni bergerak2 siap ada bunyik lagi.. Anak hakak yang kecik takut.

 Hari tu bawa FIL dan 3 orang anak sedara sekali

 I pun nak juga bergambar ngan dinosour..hihi



 Dalam mulut ikan tu ada jambatan. Bawah jambatan ada kolam ikan. Tapi xnampak ikannya sebab gelap dah malam kan.

Ikan ni bertukar2 warna. Kejap pin, pastu hijau then biru la..

 Anak kak ipar

 Cinderella dan kasutnya.

 Kereta kuda Cinderella



Snow white




 Si shrek.




 KLCC di Kulim




Jadi, sekian sahaja. Pada sesiapa nak try pergi bolehla.. Masuk RM2 shja katanya. Malam hakak pegi tu free maybe sebab Chinese New Year kan. Owner dia cina buat sedekah..huhuhu. Lepas ni bile da siap sepenuhnya tempat ni xsure la berapa harga masuknya..