Wednesday 12 August 2015

REBAT TOL PLUS..

Tadi ahkak saje tinjau2 blog kawan ahkak..Jadi ahkak ada terbaca pasal rebat tol plus ni..Ahkak rasa ramai yang xtau atau xingat tentang benda ni..Meh ahkak share sikit info pasal ni ye..

 Bagi menggalakkan orang ramai pulang lebih awal dan mengagihkan trafik, PLUS menawarkan rebat tol antara 30 hingga 50 peratus pada hari-hari bukan puncak,” ujar Noorizah.
Untuk pengguna lebuh raya bagi perjalanan jarak jauh (melebihi 100 kilometer) di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE dan membayar tol menggunakan sistem elektronik seperti kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG, akan menerima:
  • Rebat 50 peratus pada 13 dan 27 Julai
  • Rebat 40 peratus pada 14 dan 22 Julai
  • Rebat 30 peratus pada 15 dan 21 Julai
Pemberian rebat ditawarkan pada sepanjang hari pada hari-hari yang ditetapkan dan tidak terhad pada masa tertentu.
Rebat tol tersebut boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan di lebuh raya PLUS bermula 15 Ogos hingga 14 November 2015.

 Hanya tuk pengguna sistem elektronik seperti kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG je ye..Yang bayar cash jangan gi tuntut..Malu kena halau balik kang..hihhii

Kalau dihitung2..Ahkak balik kampung 17 Julai..Xdapat rebat lak..rugi2..hahha..Balik Putrajaya lak 22 Julai..Yeay..dapat rebat 40%..Harusla kena tuntut kan..Tapi iools belum tuntutla lagi..

Cara nak tuntut ialah korang gi je mana2 Pusat Khidmat Pelanggan PLUS n dia akan cek la betul ke x korang balik tarikh tu..Kalau benar n sah rebat tu akan diberi..Jangan ko mimpi dapat rebat tu nak g makan KFC lak..Mimpila ko..Rebat tu bukan dalam bentuk cash tapi dia akan creditkan rebat tu dalam kad touch n go korang ballik..Jadi dapatla ko bayar tol lagi...heee

Jadi pada yang belum tuntut (termsauk haku) jomla tuntut sebelum tamat tempoh..sayang kalau x tuntut..Hak kita tu..Lagipun sume benda kita kena bayar skung..Jadi rebat yang berapa hinggit tu dapat gakla tampung perjalanan tol kita kan..hurm...sedey je bunyik..padahal g balik keje bukan kena tol pun..hahha
 

No comments :

Post a Comment