Thursday 17 September 2015

PENGASINGAN SAMPAH

Tuk entry kali ni ahkak nak kongsi pasal pengasingan sampah yang baru bermula pada 1 September lepas..Mungkin ramai xtau pasal benda ni sebab bukan semua kawasan terlibat.Memandangkan kawasan ahkak terlibat makan harusah ahkak amik tau n mula mengasingkan sampah ku..Kalau x boleh kena kompaun uoolsss...

Bermula september 2015, beberapa kawasan seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah akan melaksanakan kaedah pengasingan sampah dan jika tidak berbuat demikian akan di kenakan kompaun sebanyak RM50.

Kompaun akan mula berkuatkuasa pada Jun 2016. Maksudnya dari september 2015 sehingga Jun 2016 merupakan tempoh pendidikan dan amaran tentang pentingnya pengasingan sampah. Apa yg nak diasingkan tu adalah :


1. Sisa Baki
Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan kedalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali semiggu.
2. Sisa Kertas
Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.
3. Sisa Plastik
Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.
4. Sisa Lain-lain
Sisa selain daripada sisa baki, kertas dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dgn kemas ditepi tong sampah. kutipan akan dilakukan sekali seminggu.
 Sampah ni memang banyakla..Pampers je da penuh 1 bakul sampah..Sampah camni masuk dlam plastik, ikat elok2 n masukkan je dalam tong..Seminggu 2x dia akan kutip..Tapi 2x seminggu xcukup..Kalau siang ikan n ayam n sampah xkutip busukla kat situ n kenkadang kuar ulat...eiii..Jadinye penyelesaian tuk masalah ni ialah kalau beli barang basah sila bersihkan siap2 n buang sume sekali pada hari kutipan sampah.


Jenis2 kategori kertas..

Pasni kena beli plastik biru lak..adoyai... Kutipan seminggu sekali

Contoh kategori plastik

Kena gunakan plastik putih kalau nak buang..Ni senang..Plastik Mydin berlambak kat umah. Kutipan seminggu sekali

Bahan2 lain..

Guna plastik kaler ijau.. Kutipan seminggu sekali

Sisa pukal n sisa kebuh..Ni baru je ahkak buang..Buang sofa lama..Letak je tepi tong sampah..Kutipan seminggu sekali

SERDANG: Kompaun RM50 akan dikenakan bagi kesalahan pertama jika gagal mengasingkan sisa pepejal di punca mulai 1 Jun 2016.Manakala kompaun bagi kesalahan kedua dikenakan sebanyak RM100 dan RM200 bagi kesalahan ketiga seperti yang termaktub dalam Akta 672 iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007. 
Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, pelaksanaan pengasingan sisa pepejal yang bermula hari ini bagaimanapun tidak akan mengenakan sebarang kompaun kepada isi rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal sehingga 1 Jun 2016. 
"Dalam masa sembilan bulan ini, kita akan menggunakan pendekatan pendidikan dan juga amaran ataupun arahan notis kepada orang ramai mengenai kepentingan pengurusan sisa pepejal," katanya pada sidang media Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal di Punca di MAEPS, di sini, hari ini. 
Tujuh negeri terlibat dengan pelaksanaan ini iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.
Pemilik kediaman diwajibkan mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori seperti kertas, plastik dan lain-lain. 
Kutipan sisa makanan dan dapur akan dibuat dua kali seminggu manakala barang kitar semula akan dibuat sekali seminggu. 
Tambahnya, kerajaan terpaksa berbelanja RM2 bilion untuk proses pelupusan sampah dan duit sejumlah itu boleh digunakan untuk hal-hal lain yang lebih penting. Abdul Rahman juga menjelaskan, pelaksanaan ini dapat mengurangkan tekanan pada sumber dunia yang dibazirkan, dapat mengurangkan kos pelupusan sampah dan dapat memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sampah. 
Pada masa sama, beliau berkata, perkara ini diusulkan kepada kerajaan Selangor dan Pulau Pinang, namun sehingga kini kedua-dua negeri itu belum memberi kata putus untuk menerima pakai Akta 672, sekali gus melaksanakan sistem baharu ini.-petikan dari astro awani.


No comments :

Post a Comment