Thursday 11 February 2016

KE PAHANG KITA....

Salam..Ahkak kembali menghapdate blog...Sekarang hari2 dok di opis..Jadi petang2 nak balik gini mari kita hapdate blog...Minggu lepas cuti 3 hari sempena Thaipussam..Minggu ni cuti lagi 3hari sempena Hari Wilayah..Minggu lagi 1 dapat cuti 4hari sebab raya cina..Seronoknye rasa dapat rehat lama n bebas dari keje..hihihi

Minggu lepas hari sabtu pagi dok umah je sebab Mr Man ada kelas..Then dlm tengahari lepas Mr Man balik kami pun keluar tuk ambik adik ahkak kat ERL yang datang tuk bercuti di rumah ahkak..Sajela dia datang nak lepak2 n jenjalan sama2. Pas amik dia terus ke Mydin Seremban tuk beli barang dapur..Ahkak suke gi Mydin seremban walaupun putrajaya pun ada mydin..Sebabnye Mydin ni besar n xsesak..Selesa la sikit nak shopping..Kat seremban pun ada 2 mydin maybe sebab tu xbape ramai kot ada yang gi mydin lagi 1 tu..Dulu suke gi mydin subang..Tapi kat sana pun agak crowded n kalau nak bayar beratur panjang giler...Di mydin seremban xmacam tu..So, sangat ok n ahkak gumbira..hahha

After gi mydin gi JJ Seremban lak..Mr Man nak makan pizza..After that balik umah..Anak2 pun da letih n tertido...

Hari Ahad ahkak da bangun awal2 pagi tuk masak..Masak nasi goreng je pun, goreng nugget n buat cekodok pisang..Masak lebey ckt buat sarapan n bekal sikit tuk bawa gi jenjalan...After bekfast dlm kul 9 kami pun gerak..Gi mana ke kite ni???/Ha, ni pestime ahkak gi sini..Lama dah tau pasal tempat ni sebab  tempat ni  duduk di bawah kementerian yang bahagian ahkak pernah Audit..Namanya Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di bawah Kementerian Alam Sekitar. Ia bertempat di Lanchang Pahang.Tempat ni xla jauh sangat..Dalam 2jam atau kurang dr KL..Masuk tempat ni rupanye percuma..Tapi pengunjung boleh memberi sumbangan untuk tujuan penjagaan gajah2 ni..

Sedikit info tentang tempat ni:-

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.

Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan ialah:

Masa
Aktiviti
10.30 pagi - 12.00 tengahari  
MEMERHATI KUMPULAN ANAK GAJAH DI KAWASAN TRAIL INTERPRETASI:
Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.
1.00 & 1.30 petang
MENONTON TAYANGAN VIDEO
Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.
2.15 petang
GAJAH MANDI DAN DIBERSIHKAN OLEH MAHOUT
Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
2.45 -3.15 petang
PENERANGAN KONSERVASI GAJAH DI PENTAS INTERPRETASI
Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.
Aktiviti ini juga diadakan bagi membiasakan gajah dengan orang ramai untuk menjadikan mereka sebagai gajah yang dapat membantu program pemindahan gajah liar pada masa hadapan.
Nota: Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan.



 Anak-anak gajah..

 Adik memang berani bagi gajah makan..Tebu boleh di beli dengan harga RM3

 Adik ahkak maksu pun berani

 Ini budak pandang dari jauh je..Memang xmau dekat langsung..Bagi makan pun xmau..Pegang je tebu tu..

 Bagi makan kacang lak..Letak atas tapak tangan..Beraninye ko adik..Belali gajah tu kuar hingus..huhu

 Maksu pun bagi makan..Si kakak orang beli kacang nak bagi gajah makan last2 dia masuk dalam mulut dia..Sekali kulit2 dia makan..huhuu

 Adik enjoy sangat tengok n bagi makan gajah

 Mak buyong pun tengok je..Xsentuh xbagi makan..adakah iools pun takut???hahahha

Kami xlama kat sini sebab nak tunggu aktiviti lain cam lambat lagi..Pas tengok gajah kami pun berangkat nak gi makan makanan yang di bawa dari umah..Singgah R & R makan dulu sebab da kul 2 dah..Lapor dah..

http://www.wildlife.gov.my/index.php/ms/pusat-konservasi-gajah-kebangsaan-kuala-gandah-pahang.html 

Pa makan kami singgah ke Bukit Tinggi pulak..Sehala kan..Singgah la dulu sebelum balik..Ahkak da banyak kali gak pegi..Cuma saja bawa adik ahkak jenjalan sebab dia xpenah sampai sini lagi..Pada ahkak kat sini xde ape sangat pun yang best..huhu..Cume pemandangan n building2 dia cantik..Tapi sebenarnye banyak aktiviti yang korang boleh buat kat atas ni..Ada aktiviti lasak seperti wall climbing, aktiviti berkuda, ladang arnab..Tapi ahkak xdela buat sume aktiviti tu..Ahkak just gi Japanese Garden n tengok Bangunan2 cantik di Colmar je..


 Sampai park di Colmar..Tapi kami terus amik bus yang disediakan secara percuma untuk ke Japanese Garden..Kalau nak bawa kete pun boleh naik sampai atas..Tapi kami nak bagi anak2 rasa naik bus yang xde dinding ni..huhuh..Boleh hirup udara segar..huhu

 Ok..Sesampai di sini korang kena panjat tangga yang tinggi ni tuk sampai ke atas..Kalau xmau guna tangga boleh ikut jalan berbukit..Tonggek2 la montot korang nanti..Baikla naik tangga..huhu..Berpeluh gak la ketiak nak naik..hooiii..penat wei..Ahkak bape kali benti2 amik napas..hahah..Mr Man hebat dia siap dukung budak2 berdua tu kiri n kanan..Sampai ada sorang pengunjung ni cakap wah dukung dua2..Pastu bini dia jawab sebab tu la kurus..hahah..Laki dia gumuks ckt..Banggala Mr Man kan..puiiihhh..Ada unsur2 jeles di situ...hahha

Sesudah berjaya mendaki tangga kita amik gambar dulu sambil lepaskan napas yang panjang..fuhhh..lotih den..

Keluarga kecil ahkak...

Benda wajib bile sampai kat atas adalah pekena aiskrim dulu..Tekak kering rasa pas naik bukit tu..

 Welcome to Japanese Garden..
View kat sini emmang cantik n menyamankan..

 Ikan2 yang menarik perhatian anak2

 Kat umah jepun ni sapa2 nak rasa pengalaman jadi orang jepun  leh la cuba..Dia kenakan bayaran tapi xsure bape..Uolls bolehla pakai baju tradisi jepun n minum teh hijau sume..Kami cuma beli makanan ikan je kat sini sebab banyak ikan kat sini..Boleh bagi makan..

 Leka tengok n bagi fish makan


 Bergambar dalam umah jepun..

Mahapkan ahkak..muka ahkak lagi..hahah..Sebab bawa adik bolehla dia amik gambar ahkak banyak2..Kalau ngan Mr Man n anak2 je jgn harapla sempat bergambar sebab x dan nak tengok anak2 lagi..Kang depa berenang sama2 ikan lak..hahha


Hangkutla stroller tu..Kat sini payah ckt tolak stroller sebab jalan dia berliku2..Jadi pada yang stroller jenis besar2 ahkak nasihatkan xyahla bawa..Ngan naik bus lagi..Agak susah di situ..Nasib stroller ahkak ringan n boleh lipat payung..

Habis melawat Japanese Garden kami turun bawah semula..Tunggu bus n baru gi ke Colmar..


 Cantik view dia

 Kiri kanan tu hotel..pastu ada restoran n kedai2 jual souvenier..Nothing special..just view yang cantik

Muka ahkak jela ye..Anak2 n Mr Man dah laju ke depan..

 Sini la dorang dok..Mainan..

Itu pun da seronok tuk anak2 dapat main..

Ok..tu je..Pas habis melawat kami pun pulang..Singgah makan dulu n balik dengan keletihan...

No comments :

Post a Comment