Wednesday 15 March 2017

NEW BABY...

Wah..wah..new baby..Bila akak mengandung???korang tau ke..hihi..Ok, memang xla baby baru kan..Baby yang ada pun baru 10 bulan..Ni new baby lain..Minat baru hakak..Sekarang akak up 1 lagi produk jualan iaitu MARY KAY...

Rasa xperlu diperkenalkan lagi MARY KAY ni..Ramai tau MARY KAY ni produk kecantikan. Meh akak cite sikit sejarah owner Mary Kay ni...

Siapa Mary Kay Ash?...

 Kay Ash ialah seorang wanita hebat.

Mary Kay menubuhkan syarikatnya pada tahun 1963 ketika beliau berumur 45 tahun. beliau seorang pemimpin yang berwawasan yang memulakan syarikat ini kerana beliau ingin memberi wanita satu peluang yang boleh memperkaya kehidupan mereka. pada awal tahun 60-an, beliau menyedari bahawa wanita memerlukan peluang untuk mencapai kejayaan kewangan sambil menyeimbangkan kehidupan mereka dengan nilaidan keutamaan yang penting kepada mereka.

Dan sekarang, 50 tahun kemudian, wanita masih menyayangi Mary Kay, wanita ini, produknya dan falsafahnya. Hal ini demikian kerana, wanita yang sempat mengenali Mary Kay berpendapat bahawa syarikat ini lebih daripada sekadar kereta pink. sesungguhnya, ia sebuah syarikat yang penuh dengan kasih sayang.

Mary Kay mempunyai 4 nilai teras yang kami dukung sepenuhnya, iaitu:
1. Perniagaan Mary Kay diasaskan pada prinsip Go-Give, iaitu membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.
2. The Golden Rule yang mengajar kami melayan orang seperti mana kami ingin dilayani.
3. Kami percaya kepada usaha membuatkan orang lain penting.
4. Mengekalkan keutamaan yang betul dan keseimbangan dalam hidup - Tuhan di tempat pertama, keluarga di tempat kedua, dan kerjaya di tempat ketiga.

Mary Kay Ash mendapat banyak anugerah yang berprestij dan diiktiraf sebagai usahawan wanita yang terunggul dalam sejarah Amerika!

Hari ini, Mary Kay Inc. adalah salah satu syarikat kosmetik terbesar di dunia dan telah mencapai status jenama utama di Amerika Syarikat. Selain itu, pasukan jualan bebas Mary Kay telah berkembang pesat dengan lebih daripada 3 juta orang tersebar di lebih daripada 35 pasaran di seluruh dunia. Mary Kay Malaysia ditubuhkan pada bulan Oktober 2000 dan Mary Kay Singapura ditubuhkan pada Mac 2009.

Visi Mary Kay Ash masih berkembang maju kerana ia kekal berkaitan wanita. peluang perniagaannya menyediakan cara yang hebat kepada wanita memperoleh pendapatan tambahan serta meraikan kejayaan mereka dengan hadiah-hadiah cantik seperti barang kemas, pelancongan ke luar negara dan kereta pink. Malah, syarikat memberi ganjaran berjuta-juta dolar dalam wang tunai dan hadiah setiap tahun. Jadi, sambil anda melihat ini, pertimbangkan peluang ini.



No comments :

Post a Comment