Monday 13 July 2015

BAJET DUIT RAYA

Sebelum ni ahkak da cite pasal persiapan hari raya. Sekarang ahkak nak kongsi pasal duit raya plak..Tahun ni bape bajet wet raya uoolls????/lebih banyak, masih sama atau kurang dari tahun lepas???..Bajet wet raya ahkak lebih kurang sama macam tahun lepas..Tapi xla banyak..Memandangkan harga barang meningkat, minyak pun naik, ngan GST la..kekejaman kerajaan pada rakyat lagi..ewah...Maka xdapatla nak tingkatkan wet raya..Ahkak percaya mesti ada sesetengah daripada kita xdapat nak sumbang wet raya...X apela siapa yang ada rezeki lebih bolehla berkongsi rezeki ngan orang lain..Bagi yang xde xpela..InsyaAllah nanti akan ada rezeki kepada anda..

Duit biru je banyak..hihihi
 
HUKUM memberi duit raya adalah harus. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Berilah hadiah, maka kamu akan saling sayang menyayanginya antara satu sama lain.” 
Hadiah duit raya adalah pemberian yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Tetapi hukum itu boleh berubah menjadi haram sekiranya ia niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan sehingga ada yang terpaksa berhutang. Justeru, ia bergantung dengan niat si pemberi. 
Soalan: Apa hukum kita memberikan duit raya di pagi syawal?
Jawapan: Bismillah.

Ada beberapa isu yang berkaitan dengan hukum memberikan duit raya di pagi Syawal. Pertama tentang hukum bersedekah, kedua tentang menetapkan 1 syawal sebagai hari bersedekah.Keutamaan bersedekah
Sedekah merupakan satu tuntutan di dalam Islam, di mana dalam banyak hadis Nabi SAW juga di dalam Al Quran secara umum,
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 
Ertinya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai menghasilkan seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (surah Al-Baqarah, 2: 261)
Maksudnya bersedekah atau infaq pada jalan Allah SWT merupakan satu amalan yang ganjarannya sangat besar dan ia bertambah-tambah. 
Begitu juga di dalam hadis Nabi SAW bersabda, تهادوا تحابوا
Ertinya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah nescaya kalian saling mencintai.” (riwayat Al-Bukhari dalam Al Adab al Mufrad, hasan)
Maka salah satu cara untuk menghubungkan silaturrahim adalah dengan melalui sedekah. Maknanya hukum asal bersedekah adalah harus dan dituntut dalam Islam.
 
 Kalau xde bajet janganlah buat gini ye..sian budak2..hihii

InsyaAllah kalau kta bersedekah ada ganjarannye..Ksalau xdapat kat kita mungkin dapat kat anak2 kita ..Sebab diaorang pun gi beraya umah orang n kumpul wet raya..hihii

No comments :

Post a Comment