Sunday 16 November 2014

PENYAKIT KUKU KAKI TANGAN DAN MULUT.


Assalamualaikum sume..Lame benar dah x update blog rase.Ahkak bercuti panjang ritu.Dari hari rabu sampai jumaat.Tapi bukan bercuti untuk bersuka ria melancong bagai ye.Tapi cuti kuarantin menjaga si adik yang dijangkiti penyakit kuku kaki tangan dan mulut..Ni dah kali ke-2 Asma kena.Yang pertama dulu dia kena dengan kakak dia sebelum raya haji hari tu.Dalam 2/10/2014.Nasib kena dekat2 raya haji.Jadinye terusla ahkak bercuti menjaga dia n terus beraya.Ni xsampai bape bulan kena lagik sekali.Tension jugakla ahkak asyik nak cuti je.Tapi demi anak ku relakan jua(mak mithali la konon).Bagi yang xtau ape itu penyakit kuku kaki tangan dan mulut meh ahkak share sikit.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) ni merupakan penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala(Semua tanda2 ni ada pada anak ahkak kecuali yang sakit kepala n sakit tekak tu ahkak xtaula la sebab dia xcite..huhuuh)
  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan 
    Banyak area lutut.

    Merah2 naik area kaki

    Gambar hiasan

    Rawatan
    Macam anak ahkak dia xde rawatan khusus tuk jangkitan ni. Just bagi pakai calamine losyen n ubat demam sahaja(klu demam).Bagi ulser dalam mulut dia tu,ahkak beli ubat spray kat farmasi yang digunakan dengan cara spray dekat kawasan mulut yang kena ulser untuk bagi kebas.Jadi bolehla dia minum susu tanpa rasa sakit.Selain tu, elakkan bagi susu panas.Susu tu boleh disejukkan dulu sebelum minum(Yela,bile ko kena ulser benda sejuk tu rasa nyamanla sikit kat tekak tu kan). N lagi 1 bolehla bagi anak makan aiskrim vanila(xingat dah sape bagi petua ni.Tapi memang laju la budak tu makan.Aiskrim kan sapa xsuke)
    Ni ubat spray mulut tu.Mana2 farmasi ada jual.Ada besar ada botol kecik.


    Pencegahan
    Antara pencegahan yang boleh diambil oleh parents bila anak korang kena HFMD ni:-
    • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
    • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
    • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
    • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
    • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
    • Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.




No comments :

Post a Comment